Resepi Ikan Siakap Kerabu Mangga Dengan Rasa Masam Manis Yang Anda Patut Cuba

Resepi Ikan Siakap Kerabu Dengan Rasa Masam Manis

Ingin sajikan juadah makan malam ikan rasa masam manis kepada keluarga tersayang, apa kata anda cuba resepi Ikan Siakap Kerabu Mangga yang confirm sedap dan diminati oleh semua orang.

Juadah makan malam, pastinya kita mahukan makan berat seperti nasi dan hidangan lauk. Jadi untuk kali ini, kita cuba resepi ikan pula. Pastinya akan membuatkan keluarga tersayang tambah nasi dan lauk dan pastinya makan sampai habis.

Resepi Ikan Siakap Kerabu Mangga Dengan Rasa Masam Manis

Saiz hidangan bagi bahan-bahan seperti dibawah adalah untuk 4-5 orang dan anggaran kos pun tidak terlalu tinggi iaitu sekitar RM20 sahaja. Untuk resepi yang sama, anda juga boleh gantikan ikan kerapu atau bawal

Bahan Ikan Goreng

  • 1 ekor ikan siakap (siang dan bersihkan)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung jagung
  • Garam dan lada sulah secukupnya

Bahan Kerabu Mangga

  • 2 biji mangga epal muda
  • 10 biji cili padi (hiris halus)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 1 helai daun limau purut (mayang halus)
  • 1 kuntum bunga kantan (mayang halus)
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sos cili thai secukupnya

    Resepi Ikan Siakap Kerabu Dengan Rasa Masam Manis

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah

2)  Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung

3)  Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.

4)  Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk

5)  Campurkan gula, cuka dan garam, kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan

6)  Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan

7)  Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai diatasnya

8)  Ikan Siakap Kerabu Mangga sedia dihidangkan



Post a Comment

Previous Post Next Post