Saksikan Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Di TV3 (Slot Cerekarama)

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Di TV3 (Slot Cerekarama)

Minggu ini, slot Cerekarama membawakan telefilem Live Dari Kafe Kak Kona yang akan disiarkan pada 29 Mei 2021 di TV3 melalui slot Cerekarama. Jadi hujung minggu anda, jangan pergi mana-mana, duduk di rumah dan tonton cerita ini.

Jika sebelum ini, penonton disajikan dengan telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri, kali ini ceritanya lebih ringan dalam bentuk hiburan keluarga yang lebih santai. Tambahan pula pelakon yang membarisi telefilem ini pun cukup hebat seperti Shiha Zikir, Nazim Othman dan Fadlan Hazim.

Sinopsis Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona

Live Dari Cafe Kak Kona ini mengisahkan Kak Kona (Shiha Zikir) yang mempunyai sebuah cafe dan masalah dalam perniagaanya yang hampir tutup. Namun begitu, dia perlu mencari jalan untuk menyelamatkan perniagaanya.

Oleh itu, salah satu caranya adalah dengan mengupah seorang 'influencer' iaitu Zarin Payung yang mempunyai ramai followers. Zarin payung juga bersetuju untuk membantu Kak Kona untuk membuat review secara percuma tetapi dengan beberapa syarat.

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Di TV3 (Slot Cerekarama)

Apakah syaratnya? Adakah tektik review ini akan berjaya dan menyelamatakan kafe Kak Kona pada akhirnya? Anda kena tonton sampai habis.

Barisan Pelakon

Selain daripada Shiha Zikir, Nazim Othman dan Fadlan Hazim yang menerajui pelakon utama, terdapat lagi pelakon pembantu yang lain dalam telefilem ini seperti Idlan Kasim, Rasya Sofea Dean, Azwan dan ramai lagi.

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Di TV3 (Slot Cerekarama)

Pengarah Dan Produksi

Telefilem ini merupakan karya Shahnas Putra yang bertindak sebagai pengarah merangkap penulis skrip. Manakala Ren Ryzam sebagai penerbit bersama-sama dengan pihak produksi daripada syarikat Brave Heart Studio Sdn. Bhd bertanggungjawab menerbitkan telefilem ini.

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona Di TV3 (Slot Cerekarama)

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan telefilem Live Dari Cafe Kak Kona pada 29 Mei ini, hari Sabtu jam 10.00 malam di slot Cerekarama TV3. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi platform Tonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post