Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri merupakan kesinambungan daripada drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah ditayangkan Februari yang lalu di TV3. Telefilem kali ini juga akan disiarkan melalui saluran TV3 iaitu pada 22 Mei 2021.

Drama 15 episod tersebut ditayangkan di slot Samarinda dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton. Manakan tidak, episod akhir saya peroleh 4 juta penonton dan 8.5 juta penonton sepanjang drama tersebut berlangsung.

Akan tetapi, peminat drama Aku Yang Kau Gelar Isteri seakan tidak puas hati dan tertanya-tanya penamat atau penghakhiran cerita tersebut. Jadi disebabkan itulah, pengarahnya, Shuhaimi Lua tampil dengan telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bagi merungkai segala pertanyaan penonton selama ini. Apa yang terjadi pada Pian? Cik Embun? Laila? dan juga Azlan?

Kesemua persoalan ini, akan terjawab di dalam telefilem kali ini.

Sinopsis Telefilem Aku Yang Kau Gelar Isteri

Kesinambungan kepada drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri akan merungkai misteri atau teka-teki yang dipersoalkan oleh peminat drama ini. Pada akhir babak drama tersebut, Rai telah menikam Pian kan. 

Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Jadi adakah Rai akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh Pian? Betul ke Pian dah mati? Adakah Azlan tidak dapat menuntut bahagiannya setelah apa yang telah berlaku? Adakah Embun akan menyeru Laila kembali? Semuanya terjawab dalam telefilem ini.

Barisan pelakon

Telefilem Epilog : Aku Yang Kau Gelar Isteri masih dibarisi dengan pelakon yang sama iaitu Atiq Azman, Nadia Brian, Dato' Adi Putra, Lana Nordin, Sharifah Sakinan, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Adik Umar Zarif, Adik Fifi Laura dan ramai lagi. Juga ada penampilan khas daripada Rita Rudaini dan Aidil Aziz.

Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Pengarah Dan Produksi

Shuhaimi Lua masih dikekalkan bagi mengarahkan telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri hasil penulisan skrip daripada Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. Telefilem ini diarahkan dibawah syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Saksikan Telefilem Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri Di TV3

Waktu Tayangan

Telefilem Epilog : Aku Yang Kau Gelar Isteri telah ditayangkan pada 22 Mei yang lalu iaitu hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. 

Telefilem inij, uga mendapat sambutan yang sangat positif daripada penonton. Tetapi ramai yang mahukan tontonan semula. Setakat ini tiada lagi mana-mana platform rasmi yang anda boleh tonton telefilem ini semula.

Tetapi jika anda ingin tonton semula drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, boleh pergi ke link ini atau tonton menerusi aplikasi iQIYI secara percuma.


sumber : rancangantivi.com

Post a Comment

Previous Post Next Post