6 Produk Gardenia Bakeries Naik Harga Berkuatkuasa 1 Jun Ini

6 Produk Gardenia Bakeries Naik Harga Berkuatkuasa 1 Jun Ini

Syarikat pengeluar roti ternama Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. hari ini mengesahkan dimana harga 6 produk mereka dinaikkan berkuatkuasa 1 Jun 2021.

Menurut laporan Bernama, Gardenia terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan. Jika sebelum ini, mereka terpaksa menyerap kos kenaikan tersebut, kini mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menaikkan harga beberapa produk gardenia terpilih.

Senarai 6 Produk Gardenia Yang Naik Harga

Seperti yang dikongsikan menerusi satu tweet daripada pengguna twitter @leyaismore terdapat 6 produk gardenia yang mengalami kenaikan harga iaitu Auntie Rosie Kaya, Delicia Hazelnut Spread dan Delicia Milky Spread :

  • Gardenia Auntie Rosie - Original Homestay Kaya 200g (RM2.69 kepada RM3.20)
  • Gardenia Auntie Rosie - Natural Pandan Kaya 200g (RM2.69 kepada RM3.20)
  • Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g (RM7.78 kepada RM9.70)
  • Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g (RM13.10 kepada RM16.40)
  • Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g (RM6.12 kepada RM7.60)
  • Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 375g (RM10.36 kepada RM13.00)

6 Produk Gardenia Bakeries Naik Harga Berkuatkuasa 1 Jun Ini

6 Produk Gardenia Bakeries Naik Harga Berkuatkuasa 1 Jun Ini

Walaubagaimanapun harga bagi produk Gardenia yang lain seperti roti masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.


sumber : bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post