Resepi Nasi Ayam Sos Lemon Antara Resepi Popular Yang Patut Anda Cuba

resepi nasi ayam lemon

Kita rakyat Malaysia sudah pastinya sudah biasa dengan juadah nasi ayam. Tetapi resepi kali ini sedikit berbeza apabila juadah nasi ayam yang digunakan adalah ayam goreng crispy bersama dengan sos lemon.

Tetapi ini lah keunikan Malaysia. Dengan 1 juadah, kita mampu untuk mempelbagaikan rasa dengan tidak menghilangkan identiti juadah tersebut. Untuk itu, secara asasnya nasi ayam, anda akan jumpa ayam goreng, sup ayam, air cili bersama dengan salad atau timun.

Resepi Nasi Ayam Sos Lemon

Ini antara resepi popular yang kini tular di media sosial. Jadi jangan lupa untuk cuba resepi ini untuk dihidangkan kepada keluarga yang tersayang.

Resepi ini boleh dimulakan dengan masak sup ayam terlebih dahulu. Daripadanya boleh digunakan untuk masak nasi, air lada, sos kicap dan sos lemon.

Sup Ayam Ringkas

  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 3 hiris halia
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit ayam bahagian bertulang
  • 5-6 cawan air
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan hirisan halia

2)  Tambahkan serbuk lada sulah, kuih pati ayam. Biar sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri

3)  Tambahkan air dan jika kurang rasa, masukkan garam secukupnya. Boleh juga tambah aneka bebola untuk menyedapkan sup

4)  Padamkan api setelah sup mendidih

Bahan Nasi Ayam

  • Beras basmathi secukupnya (jumlah bergantung kepada keperluan)
  • Marjerin secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 hirisan halia
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Sup ayam secukupnya (ikut jumlah sukatan beras)

Cara Memasak

1)  Basuh beras dan toskan dalam penapis. Ketepikan

2)  Cairkan marjerin secukupnya. Tumis bawang putih dan 3 sekawan hingga garing

3)  Kemudian masukkan halia, daun pandan dan juga serai

4)  Masukkan beras ke dalam periuk. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul mengikut panduan pada paket beras

5)  Masak nasi seperti biasa dan bila dah masak, boleh tambah sedikit lagi marjerin untuk rasa lebih sedap

Bahan Air Cili

  • 3 biji cili merah
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1/4 biji tomato
  • 2 senduk sup ayam
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • Setengah sudu makan halia parut
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

1)  Kisar cili merah, ketumbar dan tomato hingga hancur

2)  Masukkan ke dalam periuk dan tambah sup ayam. Masak guna api perlahan

3)  Tambahkan sos cili Thai, halia parut, garam dan gula jika perlu

4)  Bila sos mula mendidih, padamkan api. Sejukkan

Bahan Sos Kicap

  • 2 senduk sup ayam
  • Setengah senduk kicap lemak manis
  • 2 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Sedikit perisa (jika perlu)

Cara Memasak

1)  Masukkan sup ke dalam periuk dan tambah kicap, halia, bawang putih, sos ikan dan perasa jika perlu

2)  Setelah sos mendidih perlahan, padamkan api

Bahan Ayam Goreng Crispy

Bahan Perap

  • 2 sudu makan sunquick
  • 1 sudu teh kicap lemak manis
  • 2 titis sos ikan
  • Secubit garam dan perasa
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 cubit lada hitam kasar
  • 1-2 biji putih telur

Bahan Sos Lemon Madu

  • 2 senduk sup ayam
  • Setengah senduk sunquick
  • Setengah sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • Bancuhkan tepung jagung (1 senduk sup ayam + 1 sudu makan tepung jagung)
  • 2 keping hirisan lemon tanpa biji
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit bijan (jika suka)

Cara Memasak

1)  Hiris isi ayam dan perapkan bersama bahan-bahan perapan tadi (kecuali putih telur)

2)  Setelah semua bahan sebati, lumurkan ayam dengan putih telur

3)  Salut ayam tadi bersama tepung goreng serbaguna hingga rata. Perap selama 1 jam

4)  Panaskan minyak dalam kuantiti banyak. Sebelum digoreng, salut isi ayam sekali lagi dalam tepung goreng serbaguna yang kering

5)  Goreng guna api perlahan hingga kekuningan dan masak sekata. Ia penting supaya isi ayam tidak kering

6)  Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan

7)  Untuk sos, masukkan sup ayam, sunquick dan perahan jus lemon ke dalam periuk

8)  Bila sedikit mendidih, masukkan madu. Kacau rata

9)  Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya. Padam api dan biarkan kuah menjadi suam

10)  Bila kuah mula suam, masukkan hirisan lemon. Sejukkan sebelum dituang ke atas ayam

11)  Tabur sedikit bijan dan hidangkan bersama nasi, sup, air lada dan sos kicap

resepi nasi ayam lemon


sumber : facebook Afy Al Habibi

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments