Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri Mengikut Negeri Bagi Tahun 2021 Untuk Bacaan Di Rumah

Senarai Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri Bagi Setiap Negeri Tahun 2021 Untuk Bacaan Di Rumah

Tahun ini, sepertinya kita masih beraya dirumah berikutan pelaksanaan PKP dibuat sepanjang Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah termasuk bagi Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri yang dilakukan sekali lagi di rumah.

Seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, umat Islam di malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei 2021 bersamaan dengan 1 Syawal 1442H.

Walaupun pada tahun ini, pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau tetapi mengikut SOP, hanya 50 orang sahaja dibenarkan bagi masjid atau surau yang mampu memuatkan 1,000 jemaah dan 20 orang dibenarkan bagi masjid atau surau yang mampu memuatkan kurang daripada 1,000 orang.

BACA : Senarai Teks Khutbah Aidilfitri Yang Disediakan Bagi Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2020

Mereka yang layak untuk solat jemaah pula adalah berdasarkan pemilihan daripada AJK masjid masing-masing. Jika anda tidak layak, maka boleh dilakukan solat sunat Aidilfitri di rumah bersama teman atau ahli keluarga yang lain.

Pelaksanaan ini telah kita semua umat Islam di Malaysia telah lakukan pada tahun 2020 yang lepas berikutan penularan wabak COVID-19 di dalam negara. Pada tahun ini, 2021 sekali lagi kes ini meningkat dan menyebabkan kita terpaksa sekali lagi tidak dibenarkan berkumpul beramai-ramai seperti solat di masjid.

Tapi itu bukanlah penghalang untuk kita mulakan Raya Aidilfitri dengan melakukan solat sunat sebagai tanda kejayaan kita selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Teks Khutbah Solat Sunat Aidilfitri Untuk Bacaan Di Rumah

Solat Sunat Aidilfitri mestilah diakhiri dengan Khutbah Raya. Jadi untuk teks khutbah tersebut, anda boleh dapatkan pada laman sesawang bagi setiap Jabatan Agama Islam Negeri masin-masing atau anda boleh muat-turun pada pautan yang disediakan dibawah

  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perlis : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Kedah : Jawi | Rumi
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Pulau Pinang : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Kelantan : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Perak : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Terengganu : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Pahang : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Selangor : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Sembilan : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Melaka : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Johor : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Sabah : Download
  • Teks Khutbah Aidilfitri Negeri Sarawak : Download

Semoga amalan kita semua diterima olehNya

Post a Comment

Previous Post Next Post