Saksikan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard TV3 (Slot Lestary)

Slot Lestary diteruskan lagi dengan sebuah lagi drama melayu tempatan terbaru, Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang akan menemui penonton bermula 15 Apri 2021 yang akan disiarkan di TV3.

Drama ini merupakan drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Kekasih Hati Mr. Bodyguard' karya Ateen Khalid yang telah diterbitkan pada tahun 2019. Drama ini menampilkan gandingan baru iaitu Redza Rosli dan instafemous, Sharifah Rose.

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard

Hana Aralyn (Sharifah Rose) menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli), seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. 

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard TV3 (Slot Lestary)

Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 

Adakah cinta mereka akan berputik dan berkahwin pada akhirnya? Anda kena saksikan sendiri drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard.

Barisan Pelakon

Pelakon utama bagi drama ini laha Redza Rosli dan Sharifah Rose. Manakala dibantu oleh barisan pelakon seperti Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Lana Nordin, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny dan ramai lagi.

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard TV3 (Slot Lestary)

Produksi Dan Pengarah

Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard merupakan arahan Nizam Zakaria hasil penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan Hayati Ahmad. Drama ini diterbitkan oleh syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua 20 episod drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard pada setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di  slot Lestary TV3 mulai 15 Mei ini. Anda juga boleh saksikan di Tonton secara online.

Kini anda boleh tonton semula secara online menerusi aplikasi Disney+ Hotstar atau di website www.hotstar.com/my. Boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post