Kini Lebih Mudah! Ikuti Langkah Dan Cara Mohon MyKAD Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

Ikuti Langkah Dan Cara Mohon MyKAD Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

Seiring dengan era teknologi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memperkenalkan inisiatif terbaru iaitu kanak-kanak berumur 12 tahun kini boleh mohon MyKAD secara online sahaja. Ikuti langkah dan cara membuat permohonan disini.

Kanak-Kanak yang sudah berumur 12 tahun boleh menukar MyKID mereka kepada MyKAD (Kad Pengenalan). Jika dulu, mereka perlu hadir ke mana-macam cawangan JPN untuk mohon MyKAD. Kini tidak perlu lagi. Mereka mempunyai pilihan iaitu boleh datang ke JPN atau boleh buat permohonan secara atas talian atau secara online sahaja.

Syarat Permohonan

Antara syarat permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun adalah seperti berikut:

  1. Permohonan MyKAD hanya bagi kanak-kanak warganegera berumur 12 tahun sahaja
  2. Permohonan boleh hanya dibuat oleh Ibu atau bapa atau penjaga sahaja
  3. Kanak-kanak mestilah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai 16 tahun

Kemudian baru boleh mula mohon secara online.

Cara Mohon MyKAD Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

Ada 3 langkah utama yang anda perlu selesaikan bagi membuat permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun ini iaitu :

  1. Menutup (block) fungsi pop-up blocker di pelayar internet
  2. Daftar akaun MyGovernment terlebih dahulu
  3. Permohonan MyKAD Kanak-Kanak 12 tahun

Permohonan lebih mudah digunakan menggunakan laptop atau komputer. Tidak disarankan menggunakan handphone.

#1 - Menutup (block) fungsi pop-up blocker di pelayar internet

Bagi penggunakan menggunakan Google Chrome

1)  Pergi ke Google Chrome dan tekan ikon 3 titik bertindih di bahagian atas sebelah kanan dan pilih "Setting"

2)  Kemudian cari "Privacy adn Security" dan pilih "Site Setting"

3)  Pilih "Pop-ups and redirects"

4)  Pada bahagian Allow, klik butang "Add" dan masukkan URL ini (https://web12tahun.jpn.gov.my/) dan tekan "Add" sekali lagi. Selesai.

Bagi penggunaan pelayar lain seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer, anda boleh rujuk disini. Pastikan tiada lagi pop-up yang keluar. Jika masih ada, refresh terlebih dahulu pelayar internet anda tersebut.

#2 - Daftar Akaun MyGovernment

Anda pergi ke pautan web12tahun.jpn.gov.my/index.php dan klik pada www.malaysia.gov.my/portal/register.

1)  Lengkapkan segala butiran yang diperlukan seperti

  • Status kewarganegaraan (warganegara)
  • Nombor kad pengenalan
  • Nama penuh seperti dalam IC
  • Email
  • Kod negara (+06) dan nombor telefeon
  • Kod verifikasi

Daftar Akaun MyGovernment

Jika sudah, klik butang "Hantar"

2)  Anda akan menerima emel (yang ditelah didaftarkan tadi) daripada JPN untuk aktifkan akaun anda tersebut. Jika sudah dapat, klik pada "Click here to activate your account".

3)  Tetapkan password. Jika sudah, tekan butang "Submit". Selesai

#3 - Cara Membuat Permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

1)  Pergi semula ke pautan web12tahun.jpn.gov.my/index.php dan klik "Log Masuk/Login"

2)  Klik pada password, kemudian masukkan no. kad pengenalan dan tekan "Next"

3)  Masukkan password yang anda telah daftar tadi di akaun MyGovernment dan klik "Login"

4)  Disini akan dipaparkan segala syarat dan arahan bagi permohonan kad pengenalan kanak-kanak 12 tahun. Jika sudah baca, sila tick "Saya Setuju" dan klik "Setuju"

5)  Disinilah anda perlu masukan semua maklumat penting berkaitan anak anda tersebut. Pastikan segala maklumat adalah tepat. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

  • Maklumat pemohonan (kanak-kanak)
  • Maklumat penganjur (Ibu/bapa/penjaga)
  • Maklumat pusat kutipan (pejabat JPN)

Cara Membuat Permohonan MyKad Kanak-Kanak 12 Tahun Secara Online

Jika sudah selesai semuanya, klik pada butang "Hantar"

6)  Kemudian klik "OK" dan tekan butang "Cetak" untuk dapatkan maklumat permohonan yang telah dibuat. Sila bawa salinan tersebut ke kaunter JPN untuk lanjutan.

Selepas selesai buat permohonan secara online, pemohon  (kanak-kanak) dan ibu/bapa/penjaga perlu hadir ke penabat JPN dalam tempoh 30 hari dari tarikh lahir kanak-kanak genap berumur 12 tahun. Jika lebih, bayaran proses akan dikenakan sebanyak RM10 (sebelum itu adalah percuma).

salinan mohon kad pengenalan kanak-kanak 12 tahun

Antara dokumen yang perlu dikemukakan semasa hadir ke pejabat JPN adalah seperti berikut:

  • Sijil kelahiran asal kanak-kanak
  • MyKad/Kad Pengenalan asal ibu/bapa/penjaga
  • Dokumen sokongan seperti bil utiliti sebagai pembuktian alamat
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan

Jika lengkap, anda akan menerima MyKAD atau Kad Pengenalan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara permohonan, boleh pergi ke pautan Web12Tahun disini. Untuk maklumat Kad Pengenalan, boleh pergi ke portal JPN di www.jpn.gov.my/my/kad-pengenalan 

Post a Comment

Previous Post Next Post