Menu Dan Resepi Makanan Untuk Ibu Berpantang

resepi makanan ibu berpantang

Ibu berpantang yang baru melahirkan bayi comel pasti mahukan makanan yang sihat dan segar selepas penat atau kehilangan banyak tenaga ketika bersalin. Jadi ini antara menu bersama resepi makanan yang sesuai untuk ibu pantang.

Makanan pastinya menjadi keutamaan ketika berpantang. Dalam masa yang sama juga perlu dapatkan makan yang bernutrisi tanpa sebarang bahan campuran yang membahayakan kesihatan termasuklah baby yang menyusu. 

Antara Menu Bersama Resepi Makanan Untuk Ibu Berpantang

Terdapat 5 jenis juadah makanan sesuai untuk ibu berpantang bersama cara masak dan resepi untuk anda sediakan di rumah sendiri

#1 - Bubur Nasi Halia

Bubur Nasi Halia

Ianya merupakan sajian ringkas yang boleh memanaskan badan

Bahan-Bahan

  • Setengah cawan beras
  • Sedikit garam
  • Setengah inci halia (dihiris nipis adn digoreng)
  • Air secukupnya

Cara Memasak

1)  Basuh beras hingga bersih. masukkan air dan rendam selama 30 minit

2)  Bilas dan masukkan air secukupnya. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur

3)  Tambah air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur dan biarkan dimasak lagi hingga pekat

4)  Hidangkan bersama halia yang siap digoreng

#2 - Ikan Selar Singgang

Ikan Selar Singgang

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan selar
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Setengah inci lengkuas (diketuk)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak

1)  Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas

2)  Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa

3)  Biarkan masak dan angkat

#3 - Sawi Tumis Air

Sawi Tumis Air

Bahan-Bahan

  • Sawi secukupnya
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • Minyak dan garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuingan

2)  Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejab

3)  Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya

4)  Biarkan masak sekejab dan angkat. Boleh tambah ikan bilis untuk rasa lebih enak

#4 - Sup Ikan Haruan

Sup Ikan Haruan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan haruan saiz kecil
  • 2 biji bawang kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • Setengah inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji tomato (potong)
  • Garam dan air secukupnya

Cara Memasak

1.  Didihkan (dengan air) bahan hiris bersama serai yang diketuk 

2.  Masukkan ikan dan biarkan masak seketika

3.  masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam

4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas

#5 - Ikan Selar Bakar Dan Air Asam

Ikan Selar Bakar Dan Air Asam

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan selar
  • Serbuk kunyit dan garam

Bahan Air Asam

  • 2 biji cili padi
  • Setengah biji cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • Air asam secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Sedikit belacan

Cara Memasak

1.  Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak

2.  Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati

3.  Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments