Selepas Selangor, Kini KL dan beberapa Kawasan di Perak, Johor dan Terengganu Pula Dikenakan PKP Bermula 7 Mei

pkp di kuala lumpur, perak, johor dan terengganu

Sehari selepas pengumuman status PKP bagi 6 daerah di Selangor, kini Kuala Lumpur pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 7 Mei hingga 20 Mei 2021.

Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri melalui kenyataan media selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko bagi Wilayah Persektuan Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dikenakan PKP bermula 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

Selain daripada itu, terdapat beberapa buah lagi daerah dan mukim yang turun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh yang sama (7 Mei - 20 Mei 2021).

Di negeri Johor, 3 daerah dikenakan PKP iaitu daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi. Negeri Perak melibatkan mukim Taiping, daerah Larut, Matang dan Selama. Manakala Terengganu melibatkan sehingga 14 mukim dalam daerah Besut kecuali mukim Hulu Besut. 

Mukim yang terlibat di daerah Besut adalah Kampung Raja, Lubuk Kawah, Pelajat, Tenang, Keluang, Bukit Kenak, Kubang Bemban, Jabi, Kerandang, Pengkalan Nangka, Pasir Akar, Tembila, Bukit Puteri dan Kuala Besut.

SOP Kawalan Dilaksanaka PKP

MKN juga mengeluarkan SOP bagi semua kawasan yang dilaksanakan PKP dimana penganjuran bagi majlis rasmi dan tidak rasmi Kerajaan & Swasta tidak dibenarkan. Antara majlis sosial seperti kenduri, tahlil, resepsi, majlis aqiqah, majlis perkahwinan & pertunangan, reunion dan lain-lain majlis lagi.

Selain itu, Dine-In di kedai makan juga tidak dibenarkan di kawasan PKP yang berkuatkuasa mengikut tarikh pelaksanaan PKP. Rentas negeri dan daerah pastinya tidak dibenarkan tanpa kebenaran daripada pihak polis.

Adakah akan ada lagi daerah yang dikenakan PKP hari ini?


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post