Tonton Drama Assalamualaikum Mustafa Di TV9 (Istimewa Ramadan)

Saksikan Drama Assalamualikum Mustafa Di TV9 Mulai 5 Mei Ini

Drama istimewa Ramadan membawakan drama Assalamualaikum Mustafa yang akan mula bersiaran pada 5 Mei ini di TV9. Drama ini merupakan sebuah cerita santai dan lucu serta sesuai untuk tontonan seisi keluarga

Drama arahan Fairuz Loy ini menampilkan barisan pelakon cilik seperti adik Adib Hazie, Aireen Embun dan pelakon hebat seperti Rozita Che Wan, Kazar dan ramai lagi.

Selain daripada manusia, kambing juga berlakon dalam drama ini dan itulah Mustafa seperti dalam tajuk drama ini. Ianya merupakan seeorang kambing peliharaan Atok Budin.

Saksikan Drama Assalamualikum Mustafa Di TV9

Sinopsis Drama Assalamualaikum Mustafa

Drama Assalamualaikum Mustaffa mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. 

Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.

Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama kali. 

Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali. Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman tidak seperti dia yang datang dari bandar.

Saksikan Drama Assalamualikum Mustafa Di TV9

Amar sentiasa melihat Atok Budin bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya. 

Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa.

Mustafa seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa? Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat ialah adik Adib Haziem, Aireen Embun, Amani, Aryan serta dibantu oleh Syazwan Zulkifly, Rozitra Che Wan, Kazar dan ramai lagi.

Saksikan Drama Assalamualikum Mustafa Di TV9

Pengarah Dan Produksi

Istimewa Ramadan: Assalamualaikum Mustaffa merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd serta diarahkan oleh pengarah hebat, Faizul Loy. Manakala penulisan skrip daripada Mufid Suhaimi Bahaudin

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama 13 episod, Assalamualaikum Mustafa sempena Ramadan  pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam di TV9 mulai 5 Mei ini. Juga boleh tonton secara online di Tonton

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post