Resepi Berasaskan Rendang Untuk Hari Raya

resepi berasaskan rendang untuk hari raya

Hari Raya bakal tiba. Antara juadah wajib yang ada pada Lebaran pastinya masakan yang berasaskan rendang. Kalau takda, orang cakap, tak raya la. Jadi disini terdapat 5 senarai resepi berasaskan Rendang untuk Hari Raya.

Seleksi Rendang ini terdapat 2 pilihan iaitu menggunakan daging dan juga ayam. Jadi ianya memberi lebih pilihan kepada anda yang ingin masak bila tiba Raya kelak. Tidak lupa juga ada rendang menggunakan makanan laut tau.

Resepi Berasaskan Rendang Untuk Hari Raya

Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok 5 resepi berasaskan rendang untuk Hari Raya anda.

#1 - Rendang Ayam

Rendang Ayam

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (2kg) (dipotong kecil dan dibersihkan)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 setengah kotak air
  • 1 ketul gula melaka (boleh lebih atau kurangkan ikut citarasa)
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 senduk kecil cili boh

Bahan Kisar (Anggaran)

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6-7 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Setengah inci kunyit
  • 1 batang serai

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar selama beberapa minit

2)  Kemudian masukkan cili boh. Jika mahu kurang pedas, boleh kurangkan. Kacau sebati hingga garing dan pecah minyak

3)  Seterusnya masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam sedikit kecut

4)  Perasakan dengan garam secukup rasa

5)  Seterusnya masukkan santan dan air. Kacau sentiasa agar rendang tidak hangus

6)  Bila kuah rendang agak kering, masukkan gula melaka bersama kerisik. Gaul hingga sebati

7)  Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Masak hingga layu

8)  Sedia untuk dinikmati

#2 - Rendang Daging Power

Rendang Daging Power

Bahan-Bahan

  • 1kg daging (potong nipis)
  • 5 ulas bawang merah kecil (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 inci halia (kisar)
  • 2 inci kunyit hidup (kisar)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1kg santan
  • Kerisik secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit (hiris halus)

Bahan Sangai

  • 1 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • Setengah sudu makan lada hitam
  • 5 tangkai cili kering

Cara Memasak

1)  Satukan bahan-bahan sangai dan goreng tanpa minyak sehingga cili kering jadi rapuh. Guna api perlahan sahaja. Kemudian kisar guna pengisar kering hingga halus. Ketepikan

2)  Panaskan minyak dan bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak

3)  Kemudian masukkan rempah sangai yang dikisar halus tadi. Kacau sebati

4)  Masukkan daging. Biar sehingga air daging keluar sendiri

5)  Setelah air daging hampir kering, masukkan santan dan masak sampai pekat

6)  Seterusnya masukkan kerisik dan tabur daun kunyit

7)  Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Jika suka rasa rendang yang manis, boleh tambahkan gula ikut citarasa

8)  Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan

#3 - Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi

Bahan-Bahan

  • Pucuk ubi secukupnya
  • 7 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1 inci kunyit (dikisar bersama cili api)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 genggam cili api (dikisar halus)
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (bersih dan toskan)
  • Santan pekat
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

1)  Bersihkan pucuk ubi. Ketepikan

2)  Masukkan semua bahan kecuali pucuk ubi ke dalam kuali. Didihkan dan kacau sentiasa

3)  Bila kuah agak pekat, masukkan pucuk ubi. Kacau lagi hingga rendang agak kering

4)  Angkat dan sedia dihidangkan

#4 - Rendang Tok

Rendang Tok

Bahan-Bahan

  • 1kg daging (potong kuib)
  • 2 biji kelapa (ambil santannya)
  • 4 sudu makan kerisik
  • Gula melaka secukupnya
  • 10 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

Bahan Sangai & Kisar Halus

  • 4 batang kulit kayu manis
  • 7 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 7 biji buah pelaga
  • 3 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu makan ketumbar

Bahan Kisar

  • 15 tangkai cili kering (rebus)
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 19 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 4 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit
  • 4 batang serai
  • 1 genggam kismis hitam

Cara Memasak

1)  Satukan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih

2)  Bila daging dahmula empuk, masukkan kerisik, asam keping, garam dan gula melaka secukupnya

3)  Sentiasa kacau supaya rendang tidak hangit dan daging menjadi lembut

4)  Akhir sekali masukkan daun kunyit. Kacau lagi hingga rata dan kering

5)  Bila dan cukup rasa, padam api dan angkat

#5 -  Rendang Kerang

Rendang Kerang

Bahan-Bahan

  • 1kg kerang (rebus)
  • Setengah kg santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 20 tangkai cili kering kisar atau 4-5 sudu makan cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 8 biji cili padi

Cara Memasak

1)  Tumis bahan kisar sehingga naik bau

2)  Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit dan isi kerang. Gaul rata

3)  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya

4)  Masak rendang sehingga kering.


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments