Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Untuk Warga Emas Dibuka Bagi Rakyat Johor, Pulau Pinang, KL, Sarawak & Selangor

pendaftaran vaksin astrazeneca pusingan kedua

Berita baik kepada rakyat Malaysia khususnya warga emas dimana pihak Jawatankuasa khas Jaminan Akses Bekala Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengumumkan pembukaan pusingan kedua bagi pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela.

Jika sebelum ini, pendaftaran bagi pusingan pertama adalah terhad bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor, kali ini ianya dibuka kepada beberapa buah negeri pula. Jadi selain daripada Selangor dan KL, kini dibuka kepada Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Cara Daftar Untuk Tempahan Janji Temu Pengambilan Vaksin AstraZeneca

Kali ini, pihak JKJAV mengumumkan akan menawarkan 1,240,000 dos kepada penerima yang berdaftar bagi pengambilan vaksin AstraZeneca. Akan tetapi, pusingan kedua kali dibuka hanya kepada warga emas sahaja iaitu yang berumur 60 tahun ke atas dan menetap di 5 buah negeri seperti yang diberitahu diatas. 

Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan melalui laman web di www.vaksincovid.gov.my iaitu bermula 23 Mei 2021 (12 Tengah Hari) iaitu berdasarkan Berdasarkan “first-come, first-served”. Pada masa yang sama, orang muda atau anak-anak boleh membantu warga emas untuk membuat tempahan ini untuk memudahkan urusan mereka.

Pemberian suntikan bagi pusingan kedua inisiatif ini akan dimulakan pada 7 Jun sehingga 27 Julai untuk dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) seperti yang ditetapkan seperti dibawah:

  • Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang
  • Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru
  • Borneo Convention Center Kuching, Sarawak
  • Intitut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak
  • World Trade Centre Kuala Lumpur
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur
  • Universiti Kebangsaa Malaysia, Selangor
  • Ideal Convention Centre, Shah Alam Selangor

Bagi mereka yang telah daftar nama dibawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot 2 Mei 2021 yang lalu, anda juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaskin AstraZeneca pusingan ini.

Langkah ini dibuat bagi memastikan warga emas yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi terus dilindungi.

Lindung Diri, Lindung Semua


sumber : JKJAV

Post a Comment

Previous Post Next Post