Resepi Kimbap Sesuai Confirm Sedap Sesuai Untuk Berniaga

Resepi Kimbap Sesuai Confirm Sedap Sesuai Untuk Berniaga

Peminat makanan Korea pasti tahu apa itu Kimbap kan. Untuk pengetahun, ianya adalah antara makanan ringan orang Korea yang sangat digemari dan terkenal. Bukan sahaja di Korea tapi kini sudah sampai di Malaysia. Ini resepi kimbap untuk anda cuba dan sesuai juga kalau dibuat berniaga.

Kimbap kebiasaanya menggunakan bahan asas seperti nasi, daging dan sayur-sayuran segar serta disalut dengan rumpai laut. Ianya makan seimbang tetapi dibuat dalam bentuk kepal dan mudah untuk dimakan.

Jadi resepi kimbap ini anda boleh cuba dan mungkin boleh buat sebagai side income atau untuk tambah pendapatan yang pastinya boleh dijual dari rumah sahaja. Jika anda ingin belajar mendalam cara berniaga makanan dari rumah, anda boleh dapatkan panduan bisnes dibawah.

Dapatkan panduan cara bisnes makan dari rumah serta buat bisnes delivery dengan cara yang betul disini. alert-success

Resepi Kimbap Confirm Sedap Untuk Anda Cuba

Kimbap ni juga boleh sediakan sebagai juadah makan petang bersama keluarga atau anda mahu hidangkan kepada tetamu dalam apa-apa majlis keramaian.

Bahan-Bahan

Bahan Inti

  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji telur
  • Hirisan daging secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya


Cara Memasak Nasi

1)  Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari

2)  Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk. Kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.

Cara Memasak Inti

1)  Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan

2)  Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yang berjus

3)  Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang. Kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam

4)  Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan secubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang

5)  Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej

Cara Gulung Kimbap

1)  Tebar tikar penggulung

2)  Alas sekeping rumpai laut

3)  Ratakan nasi ke atas rumpai laut (pastikan ada ruang)

4)  Letak inti satu persatu. Jangan kedekut. Lagi banyak inti, lagi sedap

5)  Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas

6)  Sapi minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu persatu

7)  Untuk menikmatinya, boleh picit mayones diatas Kimbap. Pasti sedap!

8)  Sedia untuk dinikmati


sumber : Facebook Zurina Zulkefli


Post a Comment

Previous Post Next Post