JAWI Mengekalkan SOP Sedia Ada Bagi Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan

JAWI Mengekalkan SOP Sedia Ada Bagi Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan SOP solat jemaah di masjid dan surau serta aktiviti keagamaan bagi kawasan PKP iaitu Kuala Lumpur dan kawasan PKPP bagi Labuan dan Putrajaya.

Selepas mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pihak JAWI telah menetapkan ketetapan baru berhubung solat Jumaat, Fardhu, solat sunat Tarawih, solat sunat Aidilfitri dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau bagi seluruh Wilayah Persekutuan berkuatkuasa 7 Mei 2021.

Kawasan PKP (Kuala Lumpur)

Aktiviti solat Fardhu, solat Jumaat dan solat sunat Tarawih serta solat sunat Aidilfitri di dibenarkan mengikut kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter. Lakukan pada masjid dan surau kariag masing-masing.

Selain itu, aktiviti Qiamullail dibenarkan untuk 100 orang sahaja iaitu bermula jam 5.00 pagi, juga penjarakan 1.5 meter.

Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 20 orang dalam kalangan Ahli Jawatankuasa atau pegawai masjid sahaja sehingga jam 10.00 malam.

Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, Majlis Jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan.

Akhir sekali, Kuliah atau Tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan 1.5 meter.

Kawasan PKPP (Putrajaya Dan Labuan

Sama seperti di kawasan PKP, Solat Jumaat, Solat fardu, solat sunat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan jumlah jemaah mengikut kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau termasuk kawasan berkhemah dengan penjarakan 1.5 meter.

Juga bagi aktiviti Qiamullail yang mana dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5.00 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Tadarus al-Quran dibenarkan secara bersemuka dengan kapasiti separuh dewan solat utama manakala Majlis Khatam al-Quran dibenarkan mengikut kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Kuliah/ Tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan separuh kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter.

Berbeza dengan kawasan PKP, takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan jumlah peserta mengikut kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter sehingga jam 10.00 malam.

Selain itu, jamuan selepas solat sunat Aidilfitri dibenarkan secara berbungkus tetapi Majlis Jamuan Hari Raya tetap tidak dibenarkan. 

Kawasan PKPP, orang ramai dibenarkan untuk ziarah kubur dengan tidak melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak melebihi 30 minit.


sumber : JAWI

Post a Comment

Previous Post Next Post