Resepi Ayam Sambal Merah Dengan Rasa Pedas

Resepi Ayam Sambal Merah Dengan Rasa Pedas

Antara lauk pauk kegemaran rakyat Malaysia adalah masakan ayam sambal. Untuk resepi kali ini, anda boleh cuba untuk masak ayam sambal merah dengan rasa pedas dan masam manis.

Resepi ayam sambal merah ini sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi tomato atau nasi minyak. Hidangan ini juga sesuai diwaktu makan tengah hari serta dibawa ke makan malam. Siapa yang gemar akan rasa pedas, boleh tambah cili padi dan bagi meraka yang tidak makan pedas, boleh kurangkan atau tidak perlu tambah cili padi, hanya sekadar pes cili kering sahaja.

Resepi Ayam Sambal Merah

Saiz masakan ini untuk 10 orang dengan anggaran kos hanya RM18 sahaja. Penyediaannya tidak terlalu rumit dan mudah dimasak

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 14 dan cuci bersih)
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Mainyak masak secukupnya (untuk menggoreng dan menumis)

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

Cara Memasak

1)  Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan

2)  Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan

3)  Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis

4)  Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak

5)  Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram

6)  Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

7)  Setalah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api

8)  Ayam sedia dihidangkan dengan nasi putih atau bersama nasi tomato


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments