IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Dengan Harga RM10 Bagi Seluruh Semenanjung Malaysia

IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Dengan Harga RM10 Bagi Seluruh Semenanjung Malaysia

Pihak IKEA baru-baru ini mengumumkan sekali lagi tawaran penghantaran barangan dengan hanya RM10 sahaja bagi seluruh semenanjung Malaysia. Untuk 2021, kali terakhir tawaran ini adalah pada bulan Januari yang lalu.

Ketika itu dimana, kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), oleh itu bagi menggalakkan orang ramai untuk shopping secara online sahaja, IKEA menawarkan penghantaran terus ke rumah dengan hanya RM10 sahaja.

Nampaknya sekali lagi kita berada dalam tempoh yang getir ini apabila seluruh Malaysia dikenakan PKP 3.0 pula sejak 12 Mei yang lalu. Oleh itu, sekali lagi IKEA menawarkan penghantaran RM10 ini juga bagi menggalakkan orang ramai membeli barangan secara online sahaja tanpa perlu datang ke premis IKEA seluruh Malaysia.

Penghantaran Barangan IKEA Serendah RM10

Gudang IKEA dibuka seperti biasa. Walaubagaimanapun dalam tempoh PKP ini, waktu operasi hanyalah 10 pagi hingga 8 malam. Akan tetapi pembelian secara online boleh dibuat 24 jam dan penghantaran boleh terus ke rumah anda.

IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Dengan Harga RM10 Bagi Seluruh Semenanjung Malaysia

Promosi ini telah pun bermula pada 25 Mei 2021 yang lalu sehinggalah waktu yang diumumkan kemudian. Jadi anda tidak perlu khuatir, boleh teruskan buat pembelian sehingga akan diumumkan bila tarikh akhir tersebut. Tawaran ini hanya untuk seluruh negeri di semenanjung Malaysia sahaja.

Syarat Penghantaran RM10

Untuk yang tidak tahu, IKEA sebenarnya mempunyai 2 jenis penghantaran iaitu menggunakan syarikat kurier luar dan juga lori penghantaran sendiri. Untuk promosi RM10 ini, ianya hanya melibatkan syarikat kurier sahaja dan bukan lori penghantaran. Oleh itu, untuk anda dapatkan tawaran ini, perlu penuhi beberapa syarat iaitu:

  • Buat pesanan secara online sahaja di www.ikea.com/my
  • Saiz barang mestilah kurang 24 kg dengan saiz panjang tidak melebih 1.6 meter bagi setiap barangan

Jika tidak memenuhi kriteria barangan tersebut, anda tidak layak untuk peroleh kos penghantaran RM10 tersebut dan mungkin perlu menggunakan khidmat lori penghantaran daripada pihak IKEA sendiri.

IKEA Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Dengan Harga RM10 Bagi Seluruh Semenanjung Malaysia

Banyak barangan yang memenuhi kriteria promosi penghantaran ini seperti storan & pengaturan, lilin, kusyen, tempat menyimpan, bangku, pinggan mangkuk & perkakas dapur, tekstil dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan info penuh tawaran penghantaran bungkusan pada RM10 ini di website IKEA.

Kekal selamat dan beli-belah secara dalam talian sekarang.

Post a Comment

Previous Post Next Post