Resepi Daging Masak Kurma Kaya Dengan Rasa Lemak Dan Rempah Ratus

Resepi Daging Masak Kurma Kaya Dengan Rasa Lemak Dan Rempah Ratus

Menu masak kurma antara juadah popular di Malaysia. Kebiasaanya masakan digunakan adalah ayam atau daging. Untuk resepi kali ini, anda boleh dapatkan resepi daging masak kurma untuk anda hidangkan kepada yang tersayang.

Masakan Malaysia juga kaya dengan aroma renpah ratus. Termasuklah resepi masak kurma ini. Ianya sesuai dihidangkan bersama nasi putih untuk menu makanan tengah hari ataupun waktu malam. Dijadikan antara lauk pauk utama ketika hidangan disediakan di atas meja.

Resepi Kurma Daging Berkentang

Penyediaan resepi ini menggunakan bahan bagi menyediakan untuk saiz masakan 10 orang dengan anggaran kos lebih kurang RM35 sahaja. Sepertinya sesuai untuk kenduri kecil-kecilan atau ketika jamuan hari raya atau apa-apa majlis.

Bahan-Bahan

  • 1kg daging batang pinang (hiris nipis dan lebar)
  • 3 biji kentang (belah 4)
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 liter santan
  • 2 biji bawang besar (belah 6)
  • 2 biji tomato (belah 6)
  • 3 biji cili hijau (belah 2)
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Setengah cawan minyak masak

Bahan Rempah Ratus

Bahan Kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Cara Memasak

1)  Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi

2)  Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air

3)  Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya

4)  Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk

5)  Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang

6)  Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

7)  Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit

8)  Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau

9)  Kacau seketika, tutup api dan daging kurma berkentang sedia dihidangkan


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments