Kenali Lebih Rapat Ketua Polis Negara Baharu. Ini Latar Belakang Dato' Seri Acryl Sani

Latar Belakang Dato' Sri Acryl Sani

Seperti kita sedia maklum, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Abdullah Sani telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuatkuasa 4 Mei 2021.

Pelantikan ini bagi bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang telah menjadi KPN melebih 2 tahun yang pastinya telah melakukan tugasnya dengan baik.

Pelantikan ini telah diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri semalam. 

Latar Belakang Ketua Polis Negara Ke-13

Ketua Polis Negara ke-13, Dato' Seri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam telah menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP).

Sepanjang perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia, beliau telah memegang pelbagai jawatan di peringkat Daerah, Negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman. Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Timbalan Ketua Polis Daerah, Komandan Maktab PDRM, Ketua Polis Negeri Terengganu dan Perak serta Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

Seterusnya, beliau telah dilantik menjadi Pengarah di beberapa Jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020.

Senarai Ketua Polis Negara

  1. Tan Sri Sir Claude Fenner (1958 - 1966)
  2. Tun Mohamed Salleh Ismael (1966 - 1973)
  3. Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1973 - 1974)
  4. Tun Mohd. Hanif Omar (1974 - 1994)
  5. Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor (1994 - 1999)
  6. Tan Sri Norian Mai (1999 - 2003)
  7. Tan Sri Mohd Bakri Omar (2003 - 2006)
  8. Tan Sri Musa Hassan (2006 - 2010)
  9. Tan Sri Ismail Omar (2010 - 2013)
  10. Tan Sri Khalid Abu Bakar (2013 - 2017)
  11. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (2017 - 2019)
  12. Tan Sri Abdul Hamid Bador (2019 - 2021)
  13. Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (Mulai 4 Mei 2021)


sumber : Kementerian Dalam Negeri

Post a Comment

Previous Post Next Post