Kerajaan Mengumumkan 'Total Lockdown' Fasa Pertama Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Kerajaan Mengumumkan 'Total Lockdown' Fasa Pertama Bermula 1 Jun Hingga 14 Jun 2021

Selepas peningkatan demi peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, hari ini Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial ekonomi ataupun 'Total Lockdown'  Fasa Pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat selepas sebuah sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi.

BACA : Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac 2020 Selama 2 Minggu

Oleh itu, sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN sahaja.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di dalam negara yang mana menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak beberapa hari yang lalu

Lockdown Fasa Pertama, Kedua Dan Ketiga

Dalam tempoh ini akan terdapat 3 fasa iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga. Sekiranya fasa pertama ini berjaya, dengan atas nasihat KKM dan MKN, kerajaan akan mengumumkan fasa kedua dimana beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat sehinggalah ke fasa ketiga.

Dalam masa yang sama, Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negera ini.

Selain itu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan. Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdakat.

Oleh itu, kepada semua rakyat Malaysia, kini yang terbaik adalah duduk di rumah atau STAY AT HOME untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 seterusnya membebaskan negara daripada wabak ini


sumber : Kenyataan Perdana Menteri

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments