Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan 2 Minggu Lagi sehingga 28 April 2020

Kini secara rasmi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dimana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan 2 Minggu Lagi sehingga 28 April 2020

Selepas melalui fasa 1 bermula 18 - 31 Mac 2020 kemudian ditambah 1 - 14 April 2020 untuk fasa 2 kini, tempoh PKP ditambah lagi 2 minggu. Ianya dibuat selepas mendapat pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan WHO di peringkat antarabangsa.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP Dilanjutkan 2 Minggu

Jadi dengan ini, secara rasmi Malaysia akan melalui 2 minggu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP bermula 15 April hingga 28 April 2020. Kita sedia maklum, bulan Ramadan mungkin jatuh pada tanggal 23 April 2020, jadi kita akan menghadapi bulan puasa kali ini di rumah tanpa pergi ke mana-mana.

Selain daripada itu, Perdana Menteri juga memberitahu, tempoh cuti persekolahan juga akan dilanjutkan. Dengan itu, beliau menggalakan murid-murid duduk dirumah dan belajar secara online seperti yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi kita sama-sama duduk dirumah, jaga kebersihan dan kesihatan diri. Tidak merayau ke luar tanpa tujuan supaya rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan dan dibendung sehingga kita semua berjaya.

Stay Safe, Stay Home

Post a Comment

Previous Post Next Post