SOP Hari Raya Aidilfitri Bagi Negeri Dikenakan PKP, PKPD, PKPB Dan PKPP Untuk Tahun 2021

SOP Hari Raya Aidilfitri

sumber : lagu video Dato Aliff Syukri

Kerajaan melalui Menteri Kanan Keselamatan, Dato Ismail Sabri telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Hari Raya Aidilfitri selepas kebenaran itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negera (MKN) bersama JAKIM selain mengambil kira nasihat daripada KKM.


SOP Hari Raya Aidilfitri

Pada tahun ini sepertinya kita masih lagi berada dalam keadaan dan situasi yang sama seperti tahun lepas dimana ada negeri dikenakan PKP dan PKPD. Kes penularan COVID-19 masih tinggi dan disebabkan itu, tiada rentas negeri dibenarkan untuk seluruh Malaysia.

Akan tetapi tahun ini, kita dibenarkan Solat Sunat Hari Raya pada pagi 1 syawal secara berjemaah di masjid atau surau kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada SOP solat berjemaah dan aktiviti masjid yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Mungkin ada daerah PKP, dihadkan jumlah bilangan jemaah seperti yang sedang berlaku di 6 daerah PKP di Selangor atas arahan JAIS.

Selain itu, amalan ziarah di kawasan PKP pula hanya dibenarkan pada 1 syawal, manakala kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan sehingga 3 syawal. Untuk PKPD pula, tidak dibenarkan untuk amalan ziarah sehinggalah tamat tempoh.

Walaubagaimanapun, amalan ziarah ini tidak boleh melebihi 15 orang untuk kawasan PKP, tidak melebihi 20 orang di kawasan PKPB dan 25 orang bagi kawasan PKPP untuk satu-satu masa. Yang pastinya, ianya adalah tertakluk kepada saiz kediaman tersebut.

SOP Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Pada tahun ini sama seperti tahun lepas dimana Kerajaan tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka bagi seluruh negeri serta takbir dari rumah ke rumah. Selain itu juga, ziarah kubuh juga tidak dibenarkan kecuali bagi negeri PKPB dan PKPP sahaja.

Namun kunjungan hanya terhad kepada 6 orang bagi setiap lot kubur untuk jangka masa selama 30 minit sahaja.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments