Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Anda mungkin pernah meneriman barang yang rosak daripada seller Shopee. Jadi anda ingin membuat return dan refund daripada barang tersebut daripada seller. Jadi ikuti langkah ini bagi proses tersebut.

Sebenarnya anda boleh pulangkan semula barang yang anda beli kepada seller jika ianya rosak dan memang boleh buat refund. Sebagai contoh, jika barang tersebut rosak, tidak cukup sifat, peroleh warna yang bukan seperti kita pilih ketika buat pembelian dan sebagainya.

Return dan refund ini juga sebenarnya anda boleh buat secara percuma tanpa anda mengeluarkan kos penghantaran pun walaupun anda yang post barang itu semula. Tetapi anda pastikan, anda buat return barang kepada seller Shopee tersebut sebelum anda klik butang 'ORDER RECEIVED". Barulah boleh dibuat secara PERCUMA.

Jadi nak tahu caranya, jom tengok langkah mudah ini bagaimana untuk anda return barang dan peroleh refund duit daripada seller di Shopee secara percuma untuk tahun 2021.

Cara Return Barang Dan Refund Duit Daripada Seller Shopee

Order Received ini biasanya dalam tempoh 3 hari sahaja. Jadi dalam masa ini, anda perlu semak barang yang anda peroleh itu adakah elok, sempurna dan boleh digunakan seperti diiklankan di kedai shopee mereka. Sebagai contoh, beg ini tidak sempurna, kerana tiada bahagian pengikat tali pada belakang beg. Sememangnya tidak boleh digunakan.

Langkah awal sebenarnya, anda boleh perlu chat dahulu seller tersebut dan tanyakan berkaitan barang yang anda terima tersebut. Tapi dah kalau memang tak sempurna macam ni, untuk proses lebih cepat, anda request sahaja return and refund. Ini kerana duit yang anda bayar itu, pihak Shopee masih pegang dan seller tidak menerimanya lagi.

Anda boleh ikuti langkah ini dengan hanya menggunakan aplikasi Shopee sahaja. Lebih mudah dan cepat.

Langkah 1 :

Buka aplikasi Shopee, pergi pada bahagian My Purchases dan cari barang yang anda ingin return dan refund tersebut. Kemudian klik pada butang Return/Refund

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Langkah 2 : 

Jadi disini, anda perlu masukkan segala butiran keadaan barang anda tersebut seperti :

  • Reason - diberi beberapa pilihan untuk anda pilih berdasarkan keadaan barang anda tersebut. seperti received incomplete product, wrong product, physical damage atau faulty product
  • Gambar - masukkan keadaan gambar produk anda item anda tersebut. Pastikan nampak pada bahagian yang rosak.
  • Description - bagi penerangan tentang kerosakan barang anda tersebut secara terperinci
  • Solution - anda boleh pilih refund/return and refund.
  • Refund Amount - jumlah yang anda nak refund

Untuk solution, pemilihan anda tersebut tidak semestinya diterima oleh seller. Jadi anda pilih je mana-mana. Masukkan jumlah maksimum jumlah refund ya

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Jika sudah selesai, klik butang 'Submit'

Langkah 3 :

Kesemua langkah ini, ianya hanyalah proposal sahaja kepada seller tersebut. Jadi anda perlu dapatkan kebenaran daripada mereka dahulu untuk approve. Jadi anda tunggu sahajalah respond daripada mereka. 

Langkah 4 :

Dalam kes ini, kami propose untuk refund only, tetapi mereka hanya terima Return dan Refund selepas sehari. Jadi kami kena pulang barang dan barulah dapat semula duit. Jadi kami klik "Accept Proposal" dan klik "Confirm"

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Jadi kami perlu pulangkan barang tersebut kepada seller terlebih dahulu

Cara Return Barang Kepada Seller Secara Percuma

Anda jangan terus pulang barang tersebut melalui poslaju, ikuti langkah ini dan barulah anda boleh dapatkan kos secara percuma. Kalau anda terus return sendiri, anda kena bayar kos courier.

Langkah 5 :

Pada bahagian return pending, anda klik pada 'Select Courier'. Tik pada courier yang percuma. Jika ada Poslaju, tik. Jika ada J&T atau DHL, tik sahaja. Jika sudah klik "Confirm"

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

*Jika courier percuma tiada di tempat anda, terpaksalah anda guna courier lain dan anda perlu tanggung kos penghantaran tersebut. Biasanya ada kan

Langkah 6 :

Kemudian anda akan diberi Tracking Number bersama-sama AWB (Air-way Bill). Anda boleh terus download atau boleh hantar AWB tersebut ke email dan barulah download.

Jadi AWB inilah, yang anda perlu PRINT dan lekatkan pada bungkusan barang return anda tersebut.

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Langkah 7 :

Jadi anda perlu bungkus baik-baik barang anda tersebut. Tak kiralah guna bungkusan apa pun. Asalkan ianya selamat dan boleh dikatkan atau diletakkan AWB tersebut.

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Langkah 8 :

Bawa barang anda tersebut ke kaunter Poslaju dan bagi tahu untuk return barang Shopee. Mereka akan bagi anda borang merah. Jadi anda masukkan nombor akaun seller dan nombor tracking. Semua maklumat, ada pada AWB tersebut.

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Jika sudah, letakkan sahaja barang anda tersebut di kaunter Poslaju dan balik. Selesai proses return!

Langkah 9 :

Anda perlu tunggu barang tersebut sampai ke seller terlebih dahulu. Anda boleh trace melalui Return/Refund details. Nak tengok barang dah delivered atau belum.

Jika sudah delivered dan seller berpuas hati, mereka akan terima Refund anda tersebut. Kesemua ini dibuat dalam jangka masa yang ditetapkan. Ikut sahaja langkah ini.

Cara Return Barang Secara Percuma Dan Refund Daripada Seller Di Shopee

Jika sudah terima, anda akan menerima Refund beberapa minit selepas itu dan duit akan dimasukkan ke Shopeepay anda. Anda boleh semak dari semasa ke semasa. Selesai proses Return dan Refund. Harap bermanfaat.

Post a Comment

Previous Post Next Post