10 Resepi Air Balang Viral 2024 Paling Laris Sesuai Untuk Berniaga

10 Resepi Air Balang Viral Sesuai Untuk Berniaga

Anda ingin memulakan perniagaan menjual air balang tapi tiada resepi yang sesuai? Jangan risau, perkongsian sehingga 10 resepi air balang viral paling laris tahun 2024 dan sedap disini mungkin sesuai untuk anda atau ini merupakan resepi air yang anda cari.

Peniaga di jalanan terutamanya pastinya akan menyediakan atau menjual air dalam kuantiti yang banyak bagi mempercepatkan serta memudahkan urusan jual beli. Pelanggan pun mahu cepat dan sudah pastinya mahukan juga air yang sedap.

Jadi peniaga perlu menjual air dalam kuantiti yang banyak iaitu di dalam balang. Mungkin anda juga ingin buat majlis hari jadi ke kenduri atau apa-apa sahaja majlis keramaian dan anda ingin sediakan air dengan jumlah yang banyak.

Jadi kepada anda, jika seorang peniaga tahun 2024 baru khususnya dan mahukan resepi air balang viral yang mudah dijual dan pastinya sesuai untuk berniaga, boleh tengok senarai 10 resepi air balang ini. Boleh berniaga di tapak pasar malam, di bazar ramadan, di tempat acara dan sebagainya.

10 Resepi Air Balang Viral Untuk Untuk Berniaga

Diserakan 10 jenis resepi air balang dan panduan cara untuk mulakan perniagaan atau bisnes air balang dengan betul dengan keuntungan sehingga 7k sebulan

Dapatkan panduan Bisnes Air Balang sehingga peroleh pendapatan lebih RM7,000 sebulan. Perkongsian ilmu dan strategi menyuluruh disediakan disini.

1.  Resepi Air Jagung Klebang Ori (dalam botol)

resepi air jagung

  • 1.5 liter pati Air Jagung Klebang Ori (pastikan ori)
  • 12 liter air masak
  • 6 tin susu pekat (disarankan Dairy Champ)
  • 5 tin susu cair
  • 2 tin jagung krim
  • Secubit garam.
1 botol (5 liter pati) boleh hasilkan 100 botol air jagung (500ml). Harga pasaran RM 5 - 7.

Untuk pembelian pati Air Jagung ini [ Klik Disini ]

2.  Resepi Teh Ais Cincau

resepi teh ais cincau

    ▶️  Bahan-bahan:

    • Teh serbuk (Royal)
    • Susu full cream.
    • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
    • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
    • Cincau.

      ▶️  Cara-cara penyediaan:

        1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
        2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
        3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. 
        4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
        5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

        Untuk pembelian serbuk teh royal [ Klik Disini ]

        3.  Resepi Jus Tembikai

        Resepi Jus Tembikai

        • Blend 2 biji tembikai dengan sedikit air
        • Ais 1 beg
        • Kemudian tuangkan kesemua tembikai yang sudah di blend ke dalam balang yang besar
        • Sedia untuk dijual

        4.  Resepi Air Katira Johor

        resepi air katira

        • Masukkan 1 tin susu cair dalam bekas berisi ais
        • Kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis
        • 1/2 botol besar air soda F&N
        • 2 sudu kecil esen perasa pisang
        • 1 sudu kecil pewarna hijau
        • Semangkuk kecil kurma cincang
        • Semangkuk cincau
        • Semangkuk biji selesih yang telah direndam
        • Kacau hingga sebati
        • Tambah segelas besar air ais

        5.  Resepi Jus Nenas Madu

        Resepi Jus Nenas Madu

        Penyediaan ini sesuai untuk balang 33 liter

        ▶️  Bahan - Bahannya:

        • 10 biji Nenas Madu
        • 2 kg Gula Pasir
        • Air Bertapis secukupnya
        • Ais batu 2 beg besar

        ▶️ Cara- caranyanya

        1. Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
        2. Blend sehingga hancur.
        3. Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
        4. Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum

        6.  Resepi Dragon Friuts Mix Coctail

        Resepi Dragon Friuts Mix Coctail

        • Buah naga 1 kg
        • Cocktail-tin 2 tin
        • Lychee 1 tin
        • Mangga 1 kg
        • Susu pekat 6 tin
        • Susu Cair 2 tin 
        • Garam 1 sudu kecil
        • Air 4 liter

        7.  Resepi Green Tea

        Resepi Green Tea

        • Air 5 liter
        • Green tea 350-400 gram
        • Susu pekat 2 tin
        • Susu cair 2 tin
        • Garam 1 Sudu kecil
        • Sedikit pewarna hijau (ikut Suka)

        8.  Resepi Air Tembikai Susu

        resepi tembikai susu

        Penyediaan air tembikai susu bagi balang 33 liter.

        ▶️  Bahan-bahan:

        • 5 biji buah tembikai susu (saiz besar)
        • 5 Tin susu pekat
        • 5 Tin susu cair
        • Secubit garam.
        • Air bertapis.
        • Pewarna hijau epal.

        ▶️  Cara Menyediakannya :

        1.  Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
        2. Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
        3. Kisar bahan tadi sehingga hancur.
        4. Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
        5. Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

        9.  Resepi Air Coconut Shake

        Resepi Air Coconut Shake

        ▶️  Bahan-bahan:

        • Air kelapa muda
        • Ais krim vanila
        • Isi buah kelapa
        • Ais
        • Air gula

        ▶️  Cara membuatnya:

        1. Sediakan blender.
        2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
        3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa
        4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
        5. Campurkan aiskrim vanilla
        6. Siap sedia dihidang dan dijual kepada pembeli

        10.  Resepi Jus Durian Belanda

        Resepi Jus Durian Belanda

        ▶️  Bahan-bahan: 

        • 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
        • 2.5 liter air
        • 250g gula
        • 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon

        ▶️  Cara-cara:

        1. Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus
        2. Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
        3. Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
        4. Kacau sehingga sebati.
        5. Terbaik jika dihidangkan sejuk.

        Cara Menjual Air Balang Dengan Untung Sehingga RM7000 Sebulan

        Selain daripada penyediaan resepi air balang, teknik jualan yang betul pun perlu bagi memperoleh keuntungan yang lebih. Anda perlu tahu :

        • Macam mana nak tarik pelanggan
        • Macam mana nak buat air yang sedap?
        • Macam mana nak jimatkan kos?
        • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
        • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

        Untuk semua perkara ini, jawapanya anda boleh dapatkan melalui panduan ebook Bisnes Air Balang. Tak cukup dengan 10 resepi ini, disediakan juga sehingga 25 resepi lengkap air balang viral yang senang jual dan dicari-cari oleh orang ramai. 

        Semuanya anda boleh dapatkan dengan harga RM80 sahaja. Perkongsian ini juga diberikan oleh usahawan yang pernah berniaga air balang sehingga peroleh keuntungan 7k sebulan. Jika berminat, anda boleh klik gambar dibawah. Dapat 3 terus ebook dengan 1 harga

        cara bisnes air balang 2021

        Post a Comment

        Previous Post Next Post