Saksikan Telefilem Nasiya Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Nasiya Di Astro Citra

Slot Citra Exclusive untuk menggun ini membawakan telefilem Nasiya yang akan disiarkan pada 1 Mei 2021 di Astro Citra. Sebuah cerita tentang kepincangan manusia setelah hidup berpaksi dengan kuasa syaitan.

BACA : Saksikan Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Seperti yang diberitahu oleh pengarahnya, Osman Ali, telefilem Nasiya yang bermaksud Orang Yang Lupa merupakan cerita yang bergenrekan 'Dark Islamic' yang anda kena tonton jika nak tahu bagaimana penceritaan penuh bagi telefilem ini

Sinopsis Telefilem Nasiya

Telefilem Nasiya mengisahkan tentang seorang wanita yang pernah mengalami kehancuran dalam hidupnya bangkit kembali untuk mencari sinar kebahagiaan tapi landasan hidupnya disinari satu cahaya yang dianggapnya cahaya syurga tapi sebenarnya cahaya neraka.

Bagaimanakah kesudahannya? Adakah beliau sembat kembali ke panggal jalan atau terus bergelumang dengan dosa? Saksikan episod penuh di Astro Citra.

Telefilem Nasiya Di Astro Citra

Pelakon

Antara pelakon yang membarisi telefilem Nasiya ini ialah Norzizi Zulkifli, Izuan Fitri, Elfira Loy, Naque Ariffin dan ramai lagi.

Produksi Dan Pengarah

Telefilem ini merupakan idea asal daripada Siti Jasmina Ibrahim yang juga penulis skrip bagi cerita ini. Nasiya diarahkan oleh Osman Ali bersama syarikat produksi Nuansa Film Production dan Odissi Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Nasiya Di Astro Citra

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk tonton telefilem khas ramadan, Nasiya akan bersiaran pada 1 Mei ini, hari Sabtu, jam 9.00 di Astro Citra HD saluran 108. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go

Post a Comment

Previous Post Next Post