Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Sambut Aidilfitri Pada Tahun Ini

Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Sambut Aidilfitri

Kerajaan hari ini melalui mesyuarat Sidang Khas MKN yang diadakan bersetuju untuk membenarkan semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung atau rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak.

Akan tetapi, para pelajar turut diberi pilihan sama ada untuk pulang ke kampung atau kekal berada di kampus sepanjang cuti perayaan yang akan datang ini selaras kelonggaran yang diberikan pihak MKN kepada sektor pendidikan.

Pergerakan Pulang Ke Kampung Adalah Secara Berfasa

Walaupun kebenaran diberi untuk pulang ke kampung, KPT telah menetapkan mekanisme kawalan dimana pergerakan pulang adalah secara berfasa iaitu bermula 7 hingga 12 Mei 2021. Ianya bertujuan memastikan pergerakan pelajar adalah terkawal.

Manakala bagi pergerakan kembali ke kampung ianya bermula 15 higga 20 Mei 2021. Dalam waktu pergerakan ini, pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan bagi tujuan rentas neger atau daerah bagi setiap pelajar.

Pelajar hanya dibenarkan untuk menggunakan 3 kaedah sahaja bagi pergerakan pulang ke kampung atau pulang ke kampus iaitu :

  • Guna kenderaan sendiri
  • Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
  • Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT

Ini bermakna, pergerakan mengguanakan kenderaan awam lain tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

Untuk ketahui lebih terperinci berkaitan Prosedure Operasi Standard (SOP) bagi pergerakan pulang sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri, anda boleh pergi ke portal KPT di www.moge.gov.my atau klik SINI.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi penyelaras IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.


sumber : Kementerian Pengajian Tinggi


Post a Comment

Previous Post Next Post