Tonton Telefilem Hantu Sangkut 2.0 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 Di Astro Citra

Slot Citra Exclusive akan diteruskan lagi dengan telefilem Hantu Sangkut 2.0 yang akan disiarkan pada 3 April 2021 di Astro Citra. Jika sebelum ini tema romantik, 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend, kali ini hadir dengan genre seram pula.

Ahli kumpulan Floor 88, Ayie dan Eric Fuzi muncul antara watak utama selepas muncul pada telefilem Penunggu Soldorm sebelum ini juga dengan telefilem seram yang pernah disiarkan di Astro Citra. Kini mereka kembali dihantui pula.


Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat di dalam telefilem Hantu Sangku 2.0 ini ialah Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Danish Daneal @ Coki, Hamda Senario, Arie Zaharie dan ramai lagi.

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 Di Astro Citra

Produksi

Telefilem ini diarahkan oleh Jamal Khan bersama Pessha Mohamed yang bertindak sebagai pembantu pengarah. Manakala skripnya pula ditulis oleh Ainul Farihah. Cerita ini diterbitkan oleh Arie Zaharie, Azlan Zaharie dan Ezam Merican dengan syarikat penerbitan Arie Zaharie Production bersama-sama Knack Knack Studios.

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 Di Astro Citra

Sinopsis Telefilem Hantu Sangkut 2.0

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 ini mengisahkan percutian 4 sahabat (Ayie, Coki, Wafi dan Eric) di sebuah Dangau Chalet Resort. Disebabkan mereka tersangkut dan terkandas akibat PKP 2.0, mereka terpaksa tinggal bersama disana.

Disebabkan dari sikap kenakalan masing-masing mereka telah di kacau semasa tinggi di chalet tersebut. Mereka cuba untuk melepaskan diri, namum masih lagi dibelenggu gangguan mengerikan dari “Hantu Sangkut 2.0”. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Nantikan...

Telefilem Hantu Sangkut 2.0 Di Astro Citra

Waktu Tayangan

Nak tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem Hantu Sangku 2.0 pada 3 April ini, hari Sabtu jam 9 malam melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra (128) dan Citra HD (108). Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.


Post a Comment

Previous Post Next Post