Senarai Kelengkapan Persediaan Atau Hadiah Yang Boleh Diberi Sempena Ramadan

Senarai Barangan Yang Boleh Dihadiahkan Sempena Bulan Ramadan

Anda ingin hadiahkan kelengkapan persediaan untuk yang tersayang sempena bulan Ramadan? Tapi tak tahu hadiah apa yang sesuai yang boleh diberi dan digunakan sepanjang bulan puasa nanti? Jangan risau, anda boleh tengok senarai barangan disini.

Mungkin ada antara anda ingin hadiahkan sesuatu sebagai tanda kasih sayang kepada ibu bapa anda. Tahun ini tidak dapat pulang berpuasa bersama. Atau anda ingin hadiahkan kepada pasangan anda, atau hadiahkan kepada adik beradik, jiran tetangan dan sebagainya. Ini pastinya sebuah tanda kesyukuran dan juga infak atau derma sempena tibanya bulan yang mulia ini.

Jadi anda boleh sediakan untuk mereka beberapa perkara yang bermanfaat serta boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan dengan pembelian secara online. Antara barangan yang anda boleh bagi adalah seperti berikut:

15 Hadiah Yang Boleh Diberi Sempena Bulan Ramadan

Setiap barangan disediakan link pembelian untuk anda. Jika berminat, boleh terus buat belian secara online dan hantar terus ke rumah si penerima.

1.  Jubah

Jubah

Jubah antara pakaian paling selesa untuk solat sama ada lelaki mahupun perempuan. Jadi inilah masa yang sesuai untuk anda hadiahkan jubah untuk ibu bapa anda lagi-lagi bila masuk bulan ibadah iaitu ketika Ramadan. 

Kebiasaanya, bagi orang lelaki antara jubah yang paling popular di Malaysia adalah dari jenama Al Haramain, jadi anda boleh beli dengan tanda harga antara RM70 - RM80 sehelai. Manakala untuk wanita atau anda nak hadiahkan jubah kepada ibu anda, boleh beli Jubah Muslimah selesa dipakai ketika solat.

2.  Telekung

Telekung

Pakaian solat untuk wanita. Ini lah masa yang sesuai jika anda ingin hadiahkan untuk ibu anda, isteri atau adik kakak anda. Gantikan telekung yang lama dengan yang baru supaya lebih selesa untuk beribadah sepanjang bulan Ramadan dan masa selepas itu. Anda boleh hadiahkan telekung dari jenama Siti Khadijah yang memberikan pakaian solat premium khusus untuk golongan wanita. Ataupun beri hadiah daripada jenama Zara Awliya. Cantik dan selesa ketika dipakai. Siap diberi bag lagi untuk disimpan.

3.  Kopiah

Kopiah

Untuk lelaki boleh bagi kopiah. Kopiah juga ada pelbagai versi sekarang. Ianya bukanlah wajib tetapi sebagai pelengkap pakaian ketika solat. Jadi nak pergi solat tarawih di masjid atau surau, lebih nampak beradab dan hensem kan.

Seperti yang diberitahu, pelbagai versi kopiah sekarang, anda boleh dapatkan jenis Kopiah Viral seperti yang dipakai oleh Ustaz Haji Abdul Samad atau anda boleh beli sahaja kopiah biasa atau boleh pakai serban yang mudah pakai ketika solat. Lebih premium, boleh dapatkan Kopiah The Capal

4.  Songkok

Songkok

Tapi kadang-kadang ada antara ayah kita yang katanya lebih sesuai dengan menyarungkan songkok lagi-lagi apabila dipadankan dengan baju melayu. Kalau itu kemahuannya, boleh hadiahkan mereka Songkok Baldu. Memang hensem habislah kalau pakai dengan baju melayu lengkap nanti untuk ke masjid.

5.  Kain Pelikat (Sarong)

Kain Pelikat (Sarong)

Hadiah seterusnya yang anda boleh bagi untuk ibu bapa sempena Ramadan adalah kain pelikat. Yang rasanya ianya sesuai untuk golongan lelaki. Anda sendiri juga boleh beli untuk diri sendiri. Lebih selesa untuk solat berbanding pakai seluar kan. Antara jenama terkenal dengan kain sarung ni adalah dari jenama Gajah Duduk dan Wadimor dengan tanda harga antara RM17 - RM30.

6.  Tasbih (Biji & Digital)

tasbih digital

Tasbih antara peralatan penting khusus ketika berzikir mengingati Allah. Kita digalakkan berzikir siang dan malam lagi-lagi bila tiba bulan Ramadan. Jika sebelum ini, biasanya kita menggunakan tasbih biasa atau tasbih biji untuk mengira berapa banyak zikir yang kita buat dalam satu-satu masa. Kini sudah era digital, ada tasbih yang lebih canggih iaitu Tasbih Digital. Seperti tasbih biasa, tetapi ianya mampu mengira dengan tepat tanpa kita perlu ingat. Ianya akan ingatkan kita. Sangat berguna!

7.  Kurma

Kurma

Kalau dah puasa ni, memang sinonim dengan kurma la antara juada utama ketika berbuka puasa. Sekarang pun Kurma dah boleh beli secara online. Biasa kita dengar kurma ni setiap tahun adalah dari jenama Yusuf Taiyoob.

Daripada jenama itu terdapa pelbagai jenis kurma. Terserah kepada anda jenis apa yang anda rasa sedap dan manis untuk dimakan sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang untuk Ramadan kali ini. Ada daripada jenis Kurma Madu Yuta, Safina, Safia dan banyak lagi. Selain itu, boleh dapatkan Kurma Ajwa keluaran Mahnaz dengan saiz yang kecil.

8.  Sejadah

Sejadah

Antara peralatan solat yang penting bagi mengelakkan kekotoran terutamanya ketika sujud adalah sejadah. Kalau anda nak hadiahkan untuk ibubapa anda, boleh beri Sejadah Tebal yang lebih selesa. Jadi tidaklah berlaku sakit lutut atau tapak kaki ketika solat lama. Jika ianya lembut, pastinya lebih selesa kan.

Selain itu, boleh hadiahkan juga Sejadah Turki dengan reka bentuk dan kain yang cantik. Boleh juga dihadiahkan kepada yang tersayang. Dapat sejarah baru, pastinya lebih semangat untuk beribadah

9.  Sejadah Sandar

Sejadah Sandar

Sejadah pun sudah berevolusi sekarang dan menjadikannya lebih berguna. Sekarang sudah ada sejadah sandar tau. Ini bermakna, kita boleh duduk lebih lama di atas tikar solat dengan mengamalkan lebih banyak ibadah. Dengan adanya sejadah sandar, anda boleh solat secara duduk bagi yang uzur atau boleh mengaji Al-Quran sambil sandar tanpa rasa lenguh.

Anda boleh dapatkan jenis Gebu dan Tebal supaya lebih selesa. Selain itu, boleh juga dapatkan daripada seller lain sejadah sandar dengan harga yang lebih sedikit murah disini. Kalau mahukan sejadah turki, boleh dapatkan di link Shopee yang disediakan.

10.  Minyak Attar

Minyak Attar

Hadiah seterusnya yang anda boleh beri adalah minyak artar yang pastinya boleh dibawa ketika solat. Nak pergi masjid mestilah berwangi-wangianya yang mana antara perkara sunat yang sangat mudah untuk dilakukan. Boleh dapatkan pelbagai jenis wangian seperti Malaikat Subuh, Jumaat, Apple, Kasturi Putih, Lemon, Vanilla Blossom dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan saiz 8 ml atau 5 ml melalui Shopee.

11.  Botol Air Kecil

Botol Air Kecil

Beri hadiah botol air supaya senang nak bawa air bila datang Masjid. Boleh minum ketika lakukan Solat Tarawih. Dapatkan botol yang berkualiti seperti botol Tupperware. Tahan haba, tahan lasak dan ringan serta mudah dibawa ke mana-mana pun.

12.  Al-Quran

Al-Quran

Inilah antara hadiah yang paling bernilai dan bermakna jika anda beri dan mereka membaca serta menggunakannya. Insya Allah dapat saham akhirat anda selagi hadiah tersebut terus digunakan. Anda boleh hadiahkan senaskhah al-Quran comel saiz A6 dari Quran Humaira atau Quran Hijjaz. Mudah untuk dibawa. Selain itu, anda boleh dapatkan quran terjemahan by words boleh dapatkan Quran An-Nur

Jika ibubapa anda perlukan quran yang lebih besar, boleh dapatkan Mushaf Al imam dengan saiz A3. Selain itu, untuk belajar membaca al-quran atau lebih mudah semak bacaan, boleh dapatkan Al-Quran Digital bersama pen. 

13.  Rehal

Rehal

Kalau dah ada al-Quran, boleh dapatkan rehal pula untuk letakkan kitab yang mulia itu ketika membaca. Boleh dapatkan rehal plastik yang lebih tahan lasak. Selain itu, boleh dapatkan rehal kayu yang lebih cantik. Ikut kesesuain anda atau mereka yang ingin guna.

14.  Microwave

Microwave

Ini untuk hadiah yang boleh digunakan untuk seluruh keluarga. Boleh beli microwave untuk rumah supaya nanti senang untuk panaskan lauk ketika sahur terutamanya. Jadi tak perlu lah nak masak pada awal pagi kan. Boleh dapatkan microwave antara jenama terbaik iaitu Sharp atau Midea

Shopee - Sharp/button ATAU Shopee - Midea/button

Lazada - Sharp/button/#1E90FF ATAU Lazada - Midea/button/#1E90FF

15.  Airfryer

air fryer

Selain itu, boleh hadiahkan juga Airfryer untuk masak masakan yang lebih mudah dan pastinya lebih sihat. Bulan puasa ni lah nak jaga pemakanan kan. Jika guna seorang, boleh je beli saiz Airfyer kecil seperti jenama Russel Taylor iaitu 3.8 L sahaja. Kalau kegunaan satu keluarga, dapatkan saiz lebih dari 5 L seperti jenama Monda (5.5 L) atau Hiraki (7 L) yang beroperasi secara digital. Boleh masak ayam seketul terus.

SHOPEE

Monda/button ATAU Hiraki/button ATAU Russel Taylor/button

LAZADA

Monda/button/#1E90FF ATAU Hiraki/button/#1E90FF ATAU Russel Taylor/button/#1E90FF

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments