Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend Tayangan Di Astro Citra

Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend Tayangan Di Astro Citra

Sebuah lagi telefilem romantik diteruskan untuk slot Citra Exclusive, kali ini dengan tajuk 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend yang akan disiarkan di Astro Citra. Jika sebelum ini dengan genre yang sama bertajuk My Future Husband.

Sekali lagi penyanyi hebat yang kini mula berkecimpung dalam bidang lakonan, Naqiu muncul dalam telefilem dan kali ini berganding dengan pelakon jelita, Nora Danish. Agaknya bagaimana hasil pelakon baru bergabung dengan pelakon lama untuk bawa watak percintaan kan. Selain itu terdapat juga pelakon Iman Suhana, Iedil Dzuhrie Alaudin dan ramai lagi.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend ini ialah Nora Danish, Naqiu, Iman Suhana, Anne Abdullah, Zaryn Min, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mimi Ernida, Nesa Idrus dan ramai lagi

  • Nora Danish sebagai Qis
  • Naqiu sebagai Amri
  • Iman Suhana sebagai Sha
  • Anne Abdullah sebagai Datin Yasmin
  • Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Raziz
  • Zaryn Min sebagai Awin
  • Mimi Ernida sebagai Ju
  • Nesa Idrus sebagai Aliya

Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend Tayangan Di Astro Citra

Produksi

Telefilem ini diterbitkan oleh Zaleha Ali bersama-sama syarikat penerbitan Heritage Movies Sdn. Bhd dan Tasscreen Productions. Ianya dapat sentuhan daripada pengarah Syahid Johan yang bertanggungjawab memberikan telemovie ini lebih menarik.

Sinopsis Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend

Telefilem ini menceritakan watak Sha mengorak serta mengatur langkah untuk menghancurkan kehidupan bekas kekasihnya, Amri yang mana telah memutuskan hubungan percintaan mereka kerana dituduh playboy. Langkah ini pula dibantu oleh sahabatnya iaitu Qis.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah langkah-langkah yang telah diatur tersebut berjaya atau mungkin ada timbul perasaan cinta antara Qis dan Amri? Jangan lupa saksikan telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend nanti di Astro Citra.

Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend Tayangan Di Astro Citra

Saksikan Telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend Tayangan Di Astro Citra

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan episod penuh telefilem 6 Langkah Menghancurkan Ex Boyfriend yang akan disiarkan pada 27 Mac 2021, hari Sabtu jam 9 malam di Astro Citra (CH128) dan Citra HD (CH108). Mana yang terlepas, anda masih boleh tonton di On Demand atau melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat-turun daripada Play Store atau App Store.

Post a Comment

Previous Post Next Post