Saksikan Drama Kalau Dah Berbini Di Astro Warna

Drama Kalau Dah Berbini Di Astro Warna

Drama Kalau Dah Berbini mengisahkan tengan pasangan suami isteri yang mula bersiaran pada 16 April 2021 di Astro Warna. Drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Joey Daud, Syamel, Ernie, Usop dan ramai lagi.

Ini buat pertama kali, kita dapat tonton Syamel dan Ernie berlakon bersama dalam sebuah cerita selepas berkahwin. Dalam cerita ini juga, mereka digandingkan sebagai suami isteri.

Barisan Pelakon

Drama ini menampilkan pelakon Joey Daud, Syamel, Usop, Kamarool Hj Yusoff, Ozlynn Waty, Ernie Zakri, Dottie, Nur Hamira dan ramai lagi.

Drama Kalau Dah Berbini Di Astro Warna

Produksi

Kalau Dan Berbini merupakan hasil karya dan arahan daripada Rehal Nurharis dan Farizullah Othman. Dear Creative Media Sdn. Bhd. sebagai syarikat produksi bagi menghasilkan karya ini. Rehal Nurharis juga bertindak sebagai penulis skrip untuk drama komedi ini.

Sinopsis Drama Kalau Dah Berbini

Drama Kalau Dah Berbini mengisahkan tentang pasangan suami isteri menghadapi pelbagai karenah lucu. Si suami masing-masing takut akan bini mereka! Dapatkan mereka atasi masalah ini? Jangan lupa saksikan kesemua episod drama ini hanya di Astro Warna

Pasangan suami isteri bagi drama ini ialah Ernie (Siti) dan Syamel (Waiz), Dottie (Kuntum) dan Usop (Daniel), Nur Hamira (Wawa) dan Kamarool Hj Yusoff (Abang Yob)

Drama Kalau Dah Berbini Di Astro Warna

Waktu Bersiaran

Drama ini akan mula temui penonton sebanyak 13 episod mulai 16 April ini, yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 11 malam hanya di Astro Warna HD saluran 107. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post