Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Mudah Dan Sedap

Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan Mudah Dan Sedap

Orang Nogori terutamanya, kalau nak merasa Rendang Ayam Negeri Sembilan, boleh cuba resepi yang dikongsikan disini. Penyediaan tidak terlalu rumit, mudah dan confirm sedap! Juadah orang Nogori mestilah kena pedas kan.!

Jadi jika anda bercadang untuk adakan majlis, rumah terbuka sempena Hari Raya atau apa-apa sahaja, anda boleh cuba hidangkan Rendang Ayam Negeri Sembilan ini. Ianya sememangya menjadi kegemaran ramai orang bukan sahaja orang Negeri Sembilan tau.

Jom kita tengok resepi...


Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan

Resepi Rendang Ayam Negeri Sembilan

sumber : RASA

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka dan dibersihkan)
  • 320ml santan
  • 4 cawan air
  • 4 helai daun kunyit (dihiris kasar)
  • 3 - 4 helai daun limau purut (disiat)
  • 2 - 3 keping asam gelugor
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 senduk nasi kerisik
  • 2 sudu makan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar Halus

  • 15 biji cili padi hijau
  • 15 biji cili padi merah
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai (dihiris)
  • 5 biji buah keras
  • Air untuk mengisar secukupnya

Cara Memasak

1.  Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sentiasa

2.  Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut

3.  Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih

4.  Tambahkan kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak sepenuhnya

5.  Teruskan masak sehingga rendang sedikit kering. Bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments