Seleksi Resepi Bubur Manis Sedap Untuk Pencuci Mulut

Seleksi Resepi Bubur Manis Sedap Untuk Pencuci Mulut

Mesti sedap apabila dapat menjamah pencuci mulut manis selepas santapan juadah utama. Terutamanya dapat merasai bubur manis yang dihirup selepas makan berat.

Dengan kualiti kuah bubur pastinya dapat menggambarkan keenakan pencuci mulut tersebut. Jadi untuk itu, beberapa perkongsian resepi bubur manis sedap untuk anda cuba bagi melengkapkan juadah dan santapan anda.

Selain daripada makan ketika selepas juadah utama, anda juga boleh nikmati ketika waktu petang bersama keluarga tersayang.

8 Seleksi Resepi Bubur Manis Sedap Lagi Lazat

Berikut merupakan senarai 8 resepi bubur manis untuk anda cuba

#1 - Bubur Kacang Merah

Bubur Kacang Merah

Bahan-Bahan

  • 150 g kacang merah
  • 90 g gula pasir
  • 100 g gula melaka
  • 240 g santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus kacang merah bersama air, gula pasir, gula merah dan daun pandan. Kacau dan reneh hingga kacang empuk.

2.  Setelah kacang empuk, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Letakkan secubit garam dan esen vanila. Kacau hingga pekat dan mendidih.

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#2 - Bubur Jagung

Bubur Jagung

Bahan-Bahan

  • 2 tongkol jagung segar (diambil isinya untuk hidangan 4 orang)
  • 150 g jagung tin berkrim
  • 100 g gula pasir
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 100 ml air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Rebuskan jagung segar bersama air, jagung berkrim, gula pasir dan daun pandan.

2.  Setelah jagung segar masak, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Letakkan secubit garam dan esen vanila. Kacau hingga pekat dan mendidih.

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#3 - Bubur Lemak Labu

Bubur Lemak Labu

Hidangan ini sesuai untuk 4 orang

Bahan-Bahan

  • 250 g labu kuning (dipotong dadu)
  • 90 g gula pasir
  • 200 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus labu, gula pasir dan daun pandan bersama air,

2.  Kacau dan biarkan hingga labu empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Kemudian, letakka secubit garam dan kacau hingga pekat dan mendidih. Biarkan selama seminit.

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#4 - Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan

  • 150 g kacang hijau (sesuai juadah untuk 4 orang)
  • 90 g gula pasir
  • 150 ml air
  • 100 g gula melaka
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus kacang hijau, gula pasir, gula melaka dan daun pandan bersama air

2.  Kacau dan biarkan hingga kacang hijau kembang sekata. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

3.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#5 - Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan

  • 150 g berat pulut hitam
  • 90 g gula pasir
  • 200 ml air
  • 120 g gula merah
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Rendam beras pulut hitam semalaman di dalam sebuah mangkuk

2.  Setelah itu, masukkan beras pulut hitam yang telah direndam ke dalam periuk bersama air rendamannya

3.  Kemudian, rebus beras pulut hitam tadi, gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air

4.  Kacau dan biarkan hingga beras pulut agak kembang. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

5.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga sedikit pekat dan mendidih

6.  Hidangkan dan sedia dinikmati. Siap!

#6 - Bubur Pengat Pisang

Bubur Pengat Pisang

Resepi ini tidak terhad kepada jenis pisang awak sahaja. Boleh juga gunakan pisang jenis lain.

Bahan-Bahan

  • 5 biji pisang awak (dihiris)
  • 30 g biji sagu
  • 90 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus pisang, biji sagu, gula pasir dan daun pandan bersama air

2.  Kacau dan biarkan hingga pisang empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat

3.  Kemudia, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#7 - Bubur Cha-Cha

Bubur Cha-Cha

Bahan-Bahan

  • 150 g biji bubu cha-cha
  • 50 g ubi keledek putih (dipotong dadu)
  • 50 g ubi keledek oren (dipotong dadu)
  • 90 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 240 ml santan pekat
  • 480 ml santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam

Cara Memasak

1.  Di dalam periuk, rebus ubi keledek, biji bubur cha-cha, gula pasir dan daun pandan bersama air

2.  Kacau dan biarkan hingga ubi empuk. Masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat

3.  Kemudian, letakkan garam dan kacau hingga pekat dan mendidih

4.  Hidangkan dan sedia dinikmati

#8 - Bubur Biji Sagu

Bubur Biji Sagu

Bahan-Bahan

  • 150 g biji sagu
  • 480 ml air (untuk rendaman sagu0
  • 250 ml santan pekat
  • 200 ml santan cair
  • 100 g gula pasir
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah

Cara Memasak

1.  Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam

2.  Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. Kacau hingga berubah menjadi jernih

3.  Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.

4.  Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.

5.  Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih

6.  Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Siap! Sedia dinikmati


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post