Siaran Langsung Keputusan JDT vs Perak Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Keputusan JDT vs Perak Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2023

{tocify} $title={Table of Contents}

Siangan separuh akhir kini sudah sampai ke penghujung dimana perlawanan timbal balik kedua antara Johor Darul Ta'zim dan Perak akan berlangsung bagi menentukan pasukan mana layak ke final.

Pertemuan JDT vs Perak bagi saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 akan berlangsung pada 2 November ini, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, ianya dilangsungkan di Stadium Ipoh dimana Perak ketika itu terlebih dahulu menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan JDT sebagai pasukan pelawat.

Kini untuk perlawanan timbal balik kedua, giliran JDT pula akan melayan kunjungan Perak sekali gus menentukan pasukan manakah yang layak ke pusingan akhir Piala Malaysia untuk musim kali ini.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, kita sudah saksikan bagaimana JDT mendominasi perlawanan sekali gus meraih keputusan aggregat yang baik 4-1 untuk dibawa pulang.

Kini dengan keputusan tersebutlah, Perak FC perlu mencari stategri yang terbaik bagaimana agaknya untuk mencari lagi 4 gol disamping mengelakkan terus dibolosi oleh pasukan JDT untuk layak ke final.

Jika dilihat secara keseluruhan, hampir pasti perlawanan ini berkelebihan kepada pasukan harimau selatan, JDT. Bermain di tempat sendiri dan sejarah pertemuan juga berkelebihan kepada pasukan tersebut.

Menjadi kubu kuat JDT yang mana sepanjang musim ini, mereka tidak pernah tewas mahupun seri di SSI. Sudah berapa banyak jaringan yang telah dihasilkan juga disini.

Dalam 2 pertemuan terakhir mereka juga, kesemuanya dimenangi oleh JDT. Dalam saingan liga, kedua-dua perlawanan JDT menang 5-0. Pada perlawanan pertama JDT menang 4-1.

Adakah Perak FC dibawah bimbingan Yusri Che Lah mampu untuk mencipta kejutan pada malam ini? Mungkin menjadi pasukan pertama yang menumpaskan JDT dalam saingan tempatan?

Apa-apa perkara boleh berlaku dalam bola sepak. Sekiranya pasukan mengambil endah dan memandang rendah kepada pasukan lawan, pasti buruk padahnya.

Siaran Langsung JDT vs Perak 2 November 2023 (Piala Malaysia)

Saksikan perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2023 antara JDT menentang Perak FC pada 2 November 2023 (Khamis) jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor

Keputusan Terkini

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini antara Johor Darul Ta'zim lwn Perak FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat masa penuh

FT : JDT (8) - (1) Perak (Agg: 12-2)

  • Arif Aiman 12'
  • Bergson da Silva 27', 60'
  • Heberty 32', 90+1'
  • Fernando Forestieri 52'
  • Syafiq Ahmad 62', 78'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

*JDT berjaya mara ke final Piala Malaysia 2023

Kesebelasan Pemain

kesebelasan utama jdt vs perak

Siaran langsung

Aksi separuh akhir Piala Malaysia JDT vs Perak ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Bola (saluran 803) pada jam 9.00 malam.

Penonton juga boleh tonton secara live streaming di Astro Go atau Sooka iaitu menerusi laman web atau aplikasi mobile

Post a Comment

Previous Post Next Post