10 Aneka Kuih Raya Klasik (Almond London, Samprit, Cornflakes) Pilihan Sepanjang Zaman

10 Aneka Kuih Raya Klasik Sepanjang Zaman

Kuih raya kini sudah ada pelbagai jenis sakarang. Tetapi kuih raya klasik dan tradisi juga pastinya menjadi pilihan orang ramai dan kekal sepanjang zaman.

Walaupun terdapat pelbagai kuih raya, mesti bila tiba hari raya, mesti nak cari biskut samprit, batang buruk, almond london dan sebagainya. Orang cakap, tiada yang lama, tiada yang baru kan.

Jadi kepada penggemar biskut klasik, ini ada 7 resepi kuih raya klasik pilihan sepanjang zaman untuk anda sediakan dan hidangkan kepada tetamu bila menjelang tiba hari raya kelak.

10 Aneka Kuih Raya Klasik Pilihan Sepanjang Zaman

Jom meriahkan raya anda dengan kudapan, biskut dan kuih raya istimewa ini.

#1 - Biskut Samprit

Biskut Samprit

Bahan yang digunakan mengikut resepi ini adalah untuk saiz hidangan 30 biji. Boleh juga digantikan dengan cip coklat kalau tidak suka hirisan ceri sebagai hiasan

Bahan-Bahan

  • 185g gula
  • 375g mentega
  • 60g tepung kastard (diayak)
  • 60g tepung jagung (diayak)
  • 375g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Ceri merah secukupnya (dipotong kecil)

Cara Memasak

1)  Pukul mentega bersama gula hingga sebati

2)  Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanila. Teruskan memukul sehingga kembang

3)  Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan

4)  Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan terapkan di atas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah

5)  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit

6)  Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati

#2 - Biskut Cornflakes

Biskut Cornflakes

Saiz hidangan adalah 30 biji

Bahan-Bahan

  • 125g mentega
  • 90g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 80g kismis hitam
  • 125g tepung naik sendiri (diayak)
  • 375g conflakes (diramas kasar)

Cara Memasak

1)  Pukul mentega bersama gula hingga rata

2)  Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang

3)  Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega dan gaul rata

4)  Dengan menggunakan susu teh, ceduk adunan menjadi ketulan kecil dan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan di atas dulang pembakar

5)  Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan

6)  Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.

[BACA] : Senarai Bekas Kuih Raya Cantik Sesuai Untuk Hari Lebaran

#3 - Batang Buruk

Batang Buruk

Saiz hidangan untuk resepi ini adalah untuk 50 biji batang buruk

Bahan-Bahan

  • 300g tepung gandum
  • 150g tepung beras
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 100g tepung kacang hijau
  • 120g gula aising
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Memasak

1)  Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika

2)  Campurkan tepung kacang hijau bersama gula aising. Ketepikan

3)  Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.

4)  Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang

5)  Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing

6)  Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuran tepung kacang hijau dan gula aising. Ulang sehingga adunan habis.

7)  Sedia untuk dinikmati

#4 - Almond London

Almond London

Saiz hidangan untuk 35 biji

Bahan-Bahan

  • 250g mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
  • 450g tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 220g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150g badam (dibakar seketika di dalam ketuhar)

Bahan Salutan

  • 450g coklat masakan
  • 1/2 sudu makan makan lemak sayuran
  • 3 sudu makan badam cincang (dibakar seketika)
  • Cawan kertas secukupnya

Cara Memasak

1.  Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.

2.  Pukul mentega bersama gula aising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang

3.  Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati

4.  Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan

5.  Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit

6.  Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan teknik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, kacau hingga sebati

7.  Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celup ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas

8.  Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan boleh dinikmati.

#5 - Rempeyek

rempeyek

Saiz hidangan - 50 biji

Bahan A

  • 300g tepung beras
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 1 sudu teh kapur sirih (bancuh dengan sedikit air)
  • 500ml santan

Bahan Tabur

  • Ikan bilis secukupnya
  • Kacang tanah secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya
  • Acuan kuih rempeyek

Cara Memasak

1)  Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata

2)  Masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi dan kacau hingga sebati

3)  Panaskan minyak dalam kuali

4)  Tuangkan adunan ke dalam acuan dan letakkan ikan bilis dan kacang di atas adunan

5)  Celup adunan dalam minyak dan pisahkan adunan daripada acuan

6)  Masak sehingga warna bertukar kuning keemasan

7)  Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai

8)  Sedia dihidangkan

#6 - Bahulu

Bahulu

Saiz hidangan : 50 biji bahulu

Bahan-Bahan

  • 125g tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 200g gula
  • Sedikit minyak masak
  • Acuan bahulu

Cara Memasak

1.  Masukkan gula dan telur dalam bekas dan putar menggunakan pengadun elektrik (mixer) sehingga kembang

2.  Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan pukul sehingga adunan sebati. (ulang langkah ini sehingga tepung habis)

3.  Sementara adunan dipukul, panaskan acuan di dalam ketuhar

4.  Setelah adunan siap diadun, keluarkan acuan dari ketuhar dan sapukan acuan denga minyak

5.  Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan

6.  Bakar di dalam ketuhar pada 200°C selama 15-20 minit, sehingga adunan menjadi perang keemasa.

#7 - Kuih Kapit

Kuih Kapit

Saiz hidangan untuk 50 biji

Bahan-Bahan

  • 220g tepung gandum
  • 60g tepung beras
  • 250g gula halus
  • 5 biji kelapa (diambil santan)
  • Garam secukup rasa
  • Acuan kuih kapit

Bahan Inti

Sapuan coklat, lepa kacang atau sapuan strawberi secukupnya

Cara Memasak

1)  Campurkan tepung gandum dan tepung beras kemudian diayak

2)  Di dalam bekas lain, pukul telur dan gula hingga sebati

3)  Masukkan adunan telur ke dalam bekas berisi tepung yang telah diayak

4)  Kemudian masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga sebati

5)  Panaskan minyak dan kemudian celup acuan kuih kapit ke dalam minyak panas

6)  Tuangkan adunan ke atas acuan yang telah dipanaskan dan masukkan ke dalam minyak

7)  Apabila tepung di tepi acuan telah bertukar warna perang, kikis tepi acuan, buka dan keluarkan kuih kapit

8)  Lipat kuih kapit sementara masih panas

9)  Sekiranya, ingin kuih kapit yang berperisa, lipat kuih kapit kepada dua, sapukan sapuan yang diingini dan kemudian lipar kuih lagi sekali

10)  Sejukkan kuih sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

#8 - Biskut Makmur

Biskut Makmur

Resepi ini untuk saiz hindangan 40 biji biskut makmur

Bahan-Bahan

  • 160g mentega
  • 100g minyak sapi
  • 1 biji telur
  • 80g gula halus
  • 400g tepung naik sendiri
  • 200g gula aising (ditabur)

Bahan Inti

  • 150g kacang tanah (digoreng tanpa minyak & dikisar halus)
  • 60g gula halus
  • 30g mentega

Cara Memasak

1.  Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan

2.  Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati

3.  Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata

4.  Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar

5.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak

6.  Angkat biskut dan salutkan dengan gula aising secukupnya

#9 - Mama Carey

Mama Carey

Saiz hidangan - 35 biji

Bahan-Bahan

  • 250g mentega
  • 125g gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 330g tepung gandum (diayak)
  • 65g tepung jagung (diayak)
  • 65g susu tepung (diayak)

Bahan Aising

  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 90g gula aising

Cara Memasak

1)  Pukul mentega dan gula hingga sebati

2)  Masukkan kuning telur bersama esen vanila. Pukul lagi sehingga kembang

3)  Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan

4)  Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit

5)  Keluarkan doh dan canaikan. Terap doh menggunakan acuan pilihan anda

6)  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk

7)  Untuk menghasilkan aisingnya, pukul putih telur sehingga kembang

8)  Kemudian masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat

9)  Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan di atas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda

10)  Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.

#10 - Biskut Mazola

Biskut Mazola

Disediakan untuk 20 biji mengikut bahan yang disenaraikan dibawah

Bahan-Bahan

  • 185g tepung gandum (diayak)
  • 60g tepung jagung (diayak)
  • 140g gula halus 
  • 125g kacang tumbuk
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Minyak mazola secukupnya

Bahan Hiasan

Kacang tumbuk kasar secukupnya dan kuning telur untuk sapuan

Cara Memasak

1.  Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati

2.  Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang boleh dikepal

3.  Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat

4.  Letakkan doh di atas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya

5.  Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C

6.  Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara


Selamat Mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post