Saksikan Drama Single Terlalu Lama Di TV3 (Slot Drama Pukul 6)

Drama Single Terlalu Lama Di TV3 (Slot Drama Pukul 6)

Slot Drama Pukul 6 diteruskan lagi dengan drama Single Terlalu Lama bagi menggantikan drama Madam E-Wallet yang disiarkan di TV3.

Walaupun tajuk drama ini sama dengan sebuah novel, Single Terlalu Lama karya Pynat Mouri, akan tetapi pengarahnya, Ungku Ismail menafikan dan jalan ceritanya tiada kena mengena dengan novel. Jadi ianya bukan adaptasi novel.

Katanya lagi, drama ini tidak mengenakan plot clishe seperti drama percintaan yang lain. Apakah keistimewaanya? Kena tengok sendiri

Sinopsis Drama Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama mengisahkan Andy (Ungku Ismail), seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an yang masih tercari-cari gadis idamannya, namun pada majlis reunion sekolah, beliau telah berjumpa dengan seorang gadis bernama Jasmine (Julia Farhana) yang menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki ketika mereka masih dibangku sekolah.

Tidak menunggu terlalu lama, Andy mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan serius bersama Jasmine namun, siapa sangka gadis popular ini sebenarnya menyimpan sebuah rahsia disebalik populariti dan kecantikannya itu. Wow, apakah ianya? Saksikan nanti

Drama Single Terlalu Lama Di TV3 (Slot Drama Pukul 6)

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama ini seperti Ungku Ismail, Julia Farhana, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim dan ramai lagi

Pengarah Dan Produksi

Drama Single Terlalu lama diarahkan serta penulisan skrip sendiri oleh pelakon utamanya, Ungku Ismail Aziz dan diterbitkan oleh Shahrulezad Mohameddin bersama Fazli Hj Baharom dibawah syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. 

Drama Single Terlalu Lama Di TV3 (Slot Drama Pukul 6)

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama 28 episod Single Terlalu Lama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang melalui slot Drama Pukul 6 di TV3 mulai 29 April ini. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton

Selain tonton di tv3, kini anda boleh tonton semula secara online menerusi aplikasi Disney+ Hotstar atau di website www.hotstar.com/my. Boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post