Resepi Kuih-Muih & Pengat Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Resepi Kuih-Muih & Pengat Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Nanti masa berbuka puasa mesti nak rasa benda-benda manis dan sedap kan. Jadi disini disediakan beberapa resepi kuih-muih dan pengat yang sesuai untuk berbuka puasa yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Ketika berbuka puasa, memang lazimnya kita akan mulakan dengan makanan atau hindangan manisan yang sedap bagi membuka selera. Selain itu, ada juga dijadikan sebagai makanan ringan dan diikuti dengan solat maghrib kemudian barulah nikmati juadah yang berat.

Resepi Kuih Muih & Pengat Tradisional

Ini merupakan antara resepi kuih muih dan pengat tradisional sesuai untuk berbuka puasa

#1 - Kuih Lapis

Kuih Lapis

Bahan-Bahan

  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sediki pewarna merah dan perisa sos

Cara Membuat

1.  Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci

2.  Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. Ketepikan.

3.  Masukkan tepung beras, tepung gandum ke dalam mangkuk.

4.  Masukkan adunan santan tadi. Gaul rata sehingga tidak berketul

5.  Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 adunan biarkan putih. 1 lagi letak pewarna merah

6.  Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus 5 minit dengan api kuat. Tuang pula 200 ml adunan merah

7.  Ulang proses hingga adunan habis.

8.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong

#2 - Kuih Keria

Kuih Keria

Bahan-Bahan

  • Ubi keledek (rebus dan tumbuk)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat

1.  Satukan ubi kledek dan tepung gandum. Gaul sebati

2.  Ambil sedikit adunan dan dibulat-bulatkan

3.  Bentuk doh bulat dan berlubang di tengahnya

4.  Panaskan minyak dan goreng kuih keria. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira

Bahan Sira

  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara Membuat

1.  Masak gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula melekat

2.  Masukkan kuih keria yang telah disejukkan. Kacau rata

3.  Terus dikacau sehingga kerak gula melekat pada kuih keria. Tutup api dan keluarkan dari kuali. Siap!

#3 - Kuih Seri Muka

kuih seri muka

Bahan A (Lapisan Bawah)

  • 3 1/2 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam

Cara Membuat (Lapisan Bawah)

1.  Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang saiz 11 x 11. 

2.  Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak

3.  Angkat dan mampatkan

Bahan B (Lapisan Atas)

  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa parut (4 cawan santan)
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil

Cara Membuat

1.  Kisar daun pandan bersama 4 cawan air. Tapis airnya. Masukkan air daun pandan ke dalam kelapa parut dan kisar untuk mendapatkan jumlah santan yang diperlukan. Ketepikan

2.  Dalam mangkuk lain, satukan gula dengan telur ayam. Pukul sehingga gula hancur

3.  Masukkan 2 cawan santan dalam telur dan pukul lagi.

4.  Masukkan tepung gandum, kacau rata

5.  Masukkan baki 2 cawan santan. Kacau sedikit saja. Terus masukkan dalam loyang

6.  Kukus sehingga panas. Tapi adunan ini ke atas adunan lapisan bawah dengan perlahan-lahan di sekeliling loyang.

7.  Kukus selama 45 minit. Mulakan dengan api kuat. Apabila permukaan menggelembung, buka penutup periuk dan biarkan gelembung itu turun. Tutup semula. Kecilkan api. 5 minit terakhir, buka penutup dan biarkan masak. Ini untuk keringkan air pada permukaan kuih seri muka. Siap!

#4 - Bubur Pulu Hitam

Bubur Pulu Hitam

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air (untuk merebus pulut)
  • 2 helai daun pandan (carik dan simpul)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit air

Cara Membuat

1.  Satukan pulut hitam, air dan daun pandan. Rebus sampai pulut hitam lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.

2.  Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih

3.  Masukkan 1 cawan santan pekat. Sesuaikan rasa dengan gula putih, gula melaka dan garam. Kacau selalu. Api kena kecilkan

4.  Dalam periuk lain, masukkan baki 1 cawan santan pekat dan santan cair. Biarkan mendidih seketika. Kacau selalu supaya tidak berketul.

5.  Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang dalam periuk berisi santan tadi. Biarkan mendidih.

6.  Satukan dalam pariuk berisi pulut hitam tadi. kacau sebati. Matikan api. Siap!

#5 - Sira Pisang

Sira Pisang

Bahan-Bahan

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji pisang nangka (buang kulit dan belah 2)

Cara Memasak

1.  Dalam periuk masukkan air, gula pasir, daun pandan dan bunga cengkih. Rebus sehingga mendidih dan pekat.

2.  Masukkan pisang dan masak sehingga pisang separuh lembut

3.  Tutup api dan hidangkan

#6 - Pengat Ubi Keladi

Pengat Ubi Keladi

Bahan-Bahan

  • 1 ketul ubi keladi
  • 4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 keping gula melaka
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair

Cara Membuat

1.  Kupas ubi keladi dan potong dadu besar-besar

2.  Rebus keladi bersama air sehingga empuk

3.  Masukkan daun pandan, garam dan gula melaka

4.  Akhir sekali masukkan santan pekat dan santan cair. Kacau biar mendidih sekejab. Tutup air dan sedia untuk dihidang. Siap!

#7 - Pengat Ubi Kaya

Pengat Ubi Kaya

Bahan-Bahan

  • Air secukupnya (untuk merebus)
  • 1 batang ubi kayu (potong kecil)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 200 gram gula pasir
  • 100 gram gula melaka
  • 300 ml santan
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat

1.  Didihkan air. Masukkan ubi kayu dan daun pandan. Rebus ubi kayu sampai empuk

2.  Masukkan gula pasir, gula melaka dan masak sehingga gula larut.

3.  Masukkan santan dan garam

4.  Biarkan mendidih. Angkat dan hidangkan


Selamat berpuasa dan selama berbuka...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments