#AndaiIniRamadanTerakhir | TV AlHijrah Sajikan Pelbagai Rancangan Menarik Sempena Ramadan

TV AlHijrah Sajikan Pelbagai Rancangan Menari Sempena Ramadan

Tahun 1442H bersamaan 2021M, TV AlHijrah menyambut Ramadan dengan tema Andai Ini Ramadan Terakhir. Selain daripada kempen Ramadan, mereka juga telah menyediakan pelbagai rancangan menarik yang telah bermula 6 April yang lalu sehingga akhir Ramadan.

Team #AndaiIniRamadanTerakhir dipilih supaya kita mahu saling ingat mengingati sesama insan bahawa kematian itu pasti menjemput tanpa mengira pangkat, usia dan harga. Oleh itu, kita perlu terus meningkatkan amalan apatah lagi dalam bulan Ramadan - ujar Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, En Namanzee Harris.

Rancangan Menarik Di TV Al Hijrah Sepanjang Ramadan

Selari dengan kempen tersebut, TV AlHijrah ada menyediakan sehingga 12 program baru yang akan menjadi panduan buat penonton dalam usaha membudayakan ibadat berpuasa ini.


Antara rancangan-rancangan tersebut adalah :

  • Bual bicara Sebuah Kehidupan
  • Drama Anda Ini Ramadan Terakhir
  • Aura Al-Qadar
  • Animasi Omar dan Hana
  • Rancangan masakan Camca
  • Ihya Ramadan
  • Ittabiouni
  • Dokumentari Al-Farabi
  • My #HadithTime
  • Haflah
  • E-Kaunter Nitizen
  • Hijrah Berselawat

My #HadithTime

Ihya Ramadan

Kesemua ini anda boleh tonton di TV AlHijrah di MYTV114, Unifi TV 114 dan Astro/NJOI di saluran 114.

Selain daripada program di televisyen, TV AlHijrah juga ada bersiaran di platform media digital iaitu melalui laman facebook TV AlHijrah iaitu rancangan Ah-Liow Kitchen, Sabar with Sabran dan juga program tinjauan orang ramai (Vox Pop) seandainya mereka mengetahui ini adlaah Ramadan terakhir buat mereka.

Ah-Liow Kitchen

Di samping itu, TV AlHijrah ada menggerakan Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah yang akan turun padang menyantuni masyarakat serta berdakwah melalui frontliner. Katanya 10 buah motikal yang akan turun nanti dengan 15 lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Animasi Omar dan Hana

Antara lokasi terpilih tersebut adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, perkampungan Orang Asli Gombak, Kawasan sekitar Chow Kit, stesen LRT dan beberapa lagi tempat tumpuan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web TV AlHijrah di www.tvalhijrah.com.

Post a Comment

Previous Post Next Post