JPJ Tawarkan Diskaun Saman 70 Peratus Sehingga 11 Jun 2021

JPJ Tawarkan Diskaun Saman 70% Sehingga 11 Jun 2021

Berita baik, Sempena Ulang Tahun ke-75 JPJ Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju untuk memberikan tawaran 70% pengurangan saman JPJ atau diskaun kepada semua saman kecuali untuk kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah. Diskaun ini adalah berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ.

Diskaun Saman JPJ Sebanyak 70% Selama 60 Hari

Tawaran pengurangan atau diskaun ini bermula pada 13 April 2021 dan berakhir pada 11 Jun 2021 iaitu selama 60 hari.

JPJ Tawarkan Diskaun Saman 70 Peratus Sehingga 11 Jun 2021

Tawaran ini juga diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan seperti dibawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, 
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

BACA : Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik Secara Online Terbaru

Walaubagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitamkan, pesalah dikehendaki untuk hadir semua ke pejabat JPJ bagi tujuan proses pengdokumentasian semula, sebelum sebaran urusan pembayaran (diskaun) notis saman dapat dilakukan.

Cara Pembayaran

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC), di Kiosk atau melalui portal JPJ yang boleh dibuat secara online di www.jpj.gov.my

Dengan tawaran diskaun 70% saman JPJ ini pastinya sediki sebanyak dapat meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda kepada masyarakat disebabkan pandemik COVID-19


sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan

Post a Comment

Previous Post Next Post