Saksikan Drama Madam E Wallet Di TV3 (Drama Pukul 6)

Saksikan Drama Madam E Wallet Di TV3 (Drama Pukul 6)

Bermula 13 April 2021, jangan lupa tonton dan saksikan drama Madam E Wallet di TV3 (slot Drama Pukul 6) yang dibawakan khas oleh Celcom di rangkaian terluas.

Drama menampilkan barisan pelakon yang juga merupakan penyanyi hebat iaitu Ziana Zain dan Ning Baizura dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah. 


Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Ziana Zain, Ning Baizura, Azzahra Ahmad, Hasnul Rahmat, Nynaa Harizal, Anas Ridzuan, Mathni Ab Raza, Zoey Rahman, Daniel Fon, Fara, Shiha Zikir, Reza Hasbi, Zul Huzaimy, Enot, Khatijah Tan Razak Ahmad dan ramai lagi

Saksikan Drama Madam E Wallet Di TV3 (Drama Pukul 6)

Produksi

Drama Mada E Wallet telah diarahkan oleh Kyoll Hamzah yang mana cerita ini merupakan terbitan daripada Orange Tree Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Drama Madam E Wallet

Drama Madam E Wallet mengisahkan peristiwa selepas Siti Asmidar (Ziana Zain), usahawan kicap berjaya yang telah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung yang bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur.

Disinilah beliau berjumpa dengan Dato' Qistina (Ning Baizura) yang merupakan usahawan produk kosmetik berjaya dan terkenal. Akan tetapi beliau begitu kekwat dan kedekut ilmu terhadap usahawan kampung tersebut. Apakah yang bakal terjadi seterusnya? Saksikan nanti...

Saksikan Drama Madam E Wallet Di TV3 (Drama Pukul 6)

Waktu Tayangan

Drama ini akan mula bersiaran untuk 13 episod setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang melalui slot Drama Pukul 6 di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post