Penerbit Dan Pelakon Promosi Iklan Judi Online Akan Dipanggil Oleh Pihak Polis

Penerbit Dan Pelakon Promosi Iklan Judi Online Akan Dipanggil Oleh Pihak Polis

Baru-baru ini tular sebuah muzik video yang jelas mempromosikan perjudian online. Rata-rata penonton video tersebut terkejut dimana selain daripada promosi sesuatu yang salah dari segi undang-undang, ianya pula dipromosi bersama video Hari Raya Aidilfitri.

Video yang berdurasi 2 minit 1 saat tersebut jelas terkandung mempromosikan perjudiaan online dan jelas telah melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam seperti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri.

Penerbit Dan Pelakon Akan Dipanggil Oleh PDRM

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenaya (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usu video tersebut.

Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video tersebut. Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka. 

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Walaubagaimanapun, video tersebut yang dipercayai dimuat naik daripada saluran Youtube telah dipadam. 

Pihak Polis dan JAKIM sendiri menyeru kepada orang ramai khususnya umat Islam jika ada menyimpan video tersebut, supaya tidak menularkan lagi kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.

JAKIM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, juga mengingatkan agar umat Islam khususnya tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuklah dalam mempromosikan perjudian yang jelas bertengangan dengan Hukum Syarak

Post a Comment

Previous Post Next Post