10 Juadah Hari Raya Wajib Ada Di Pagi Lebaran Bersama Resepinya!

juada wajib hari raya dan resepi

Di pagi Raya kalau tiada juadah wajib ini, pastinya tak lengkap. Pagi raya sekurang-kurangnya kena ada nasi impit kuah kacang atau lemang. Ini antara makanan tradisis setiap tahun di Malaysia.

Inilah keunikan Malaysia yang kaya dengan juada hari raya. Dengan 1 menu sahaja, boleh dimakan bersama dengan yang lain. Kuah kacang, boleh dimakan bersama nasi impit, sate dan sebagainya. Nasi impit juga boleh dimakan bersama rendang daging, serunding, kuah lodeh dan banyak lagi.

Jadi untuk melengkapkan Hari Raya Aidilfitri anda, ikuti perkongsian 10 resepi bagi juadah yang wajib ada ketika hari raya. Kalau tiada, tak lengkaplah lebaran anda tahun ini

10 Resepi Juadah Wajib Bila Tiba Hari Raya

Ikuti 10 resepi bagi juadah wajib bila tiba hari raya seperti lemang, lodeh, lontong, sate, laksa dan pelbagai lagi

#1 - Nasi Impit Kuah Kacang

Nasi Impit Kuah Kacang

Untuk resepi nasi impit, anda boleh dapatkan nasi impit instant di kedai atau belian secara online di Shopee [Sini] [Sini]. Kemudian rebus bersama air sehingga penuh di dalam kuali. Sudah kembang dan masak, boleh angkat dan toskan.

Bahan-Bahan

  • 1 kg kacang tanah (goreng sangai dan buang kulit)
  • 500 ml santan
  • 500 ml air
  • 100 g gula pasir
  • 75 g udang kering (direndam dan kisar)
  • Garam secukupnya
  • Rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga)
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kisah

  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 2 batang serai

Cara Memasak

1.  Tumbuk atau kisar kacang hingga hancur

2.  Bancuh kacang dengan air sehingga menjadi bacuhan yang sedikit pekat

3.  Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak

4.  Masukkan pula udang kering. Kacau lagi seketika

5.  Seterusnya masukkan bancuhan kacang dan kacau rata

6.  Akhir sekali masukkan santan, gula dan garam secukupnya

7.  Renehkan atas api sederhana sehingga kuah pekat dan bertukar warna merah kehitaman

8.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama ketupat atau nasi impit.

#2 - Kuah Lodeh

Kuah Lodeh

Bahan-Bahan

  • 1/2 kubit bulat bersaiz kecil (dihiris halus)
  • 5 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 1 keping tauhu (dipotong kecil)
  • 2 keping tempe (dipotong kiub)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • Sedikit suhun dan fucuk (direndam seketika)
  • 50g ikan bilis (dibersihkan dan dibelah dua)
  • 3 biji cili merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulang bawang putih (dihiris)
  • Serbuk kunyi dan garam secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1500ml santan (segar)
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga layu dan wangi

2.  Kemudian masukkan ikan bilis diikuti lobak merah, ubi kentang dan kacang panjang. Masak sehingga ubi kentang kelihatan separa lembut

3.  Seterusnya masukkan santan. Perlahankan api dan masukkan kubis, serbuk kunyit, suhun, fucuk, tempe dan tauhu yang telah dipotong. Masak sehingga mendidih dan semua bahan masak.

4.  Akhir sekali, perasakan dengan garam serta serbuk perasa ayam

5. Angkat dan hidangkan bersama nasi impit, serunding kelapa atau sambal tumis.

#3 - Lontong

Lontong

Bahan-Bahan

  • 200 g beras
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya
  • Air secukupnya.

Cara Memasak

1.  Beras dibasuh, tos dan keringkan. Ketepikan

2.  Daun pisang dipotong lebih kurang 10 inci. Ambil 2 helai dan gulung seperti kelongsong. Ikat tali rafia pada satu bahagian

3.  Tuang beras ke dalam kelongsong daun pisang hingga hampir separuh.

4.  Ikat penghujung yang satu lagi kemas-kemas dengan tali rafia. Ketepikan. Ulangi proses hingga semua bahan habis

5.  Setelah itu, masukkan kelongsong daun pisang ke dalam periuk yang besar dan isi air yang banyak (hingga hampir penuh periuk).

6.  Tabur sedikit garam dan rebus selama 3-4 jam atau hingga lontong benar-benar masak.

7.  Setelah lontong benar-benar sejuk, barulah dipotong.

8.  Sedia dihidangkan bersama rendang atau kuah kacang

#4 - Lemang Tok Abah

Lemang Tok Abah

Bahan-Bahan

  • 3 kg beras pulut (direndam 30 minit)
  • 2 liter santan
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun pisang secukupnya
  • 7-8 batang buluh lemang (dibersihkan miang buluh)

Cara Memasak

1.  Basuh dan toskan beras pulut dan ketepikan

2.  Gulungkan daun menggunakan pelepah pisang dan masukkan dalam bulu lemang

3.  Masukkan beras pulut dalam buluh. Isikan hingga 3/4 buluh

4.  Seterusnya, campurkan garam dan gula dalam santan secukupnya

5.  Tuangkan santan ke dalam buluh yang berisi beras pulut. Lebihkan santan lebih kurang 3 cm dari paras pulut

6.  Hidupkan api dan bakar lemang lebih kurang 4 jam

#5 - Ketupat Daun Kelapa

Ketupat Daun Kelapa

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras (rendam 30 minit dan toskan)
  • 30 biji kelongsong daun kelapa

Cara Memasak

1)  Masukkan beras dalam kelongsong, isikan setengah bahagian kelongsong

2)  Masukkan dalam periuk dan rebus sehingga masak (lebih kurang 2 jam)

3)  Setelah masak, angkat dan toskan airnya

4)  Hidangkan bersama rendang atau kuah kacang bila ketupat sudah sejuk.

#6 -  Rendang Daging

Rendang Daging

Bahan-Bahan

  • 1kg daging (potong kecil)
  • 2 paket kecil rempah
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa (ambil santannya)
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka/gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air asam jawa atau 1-2 keping asam gelugur
  • Serbuk perasa jika suka

Bahan Kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 1/2 cm halia
  • 1 1/2 cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

Bahan Mayang

  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit

Cara Memasak

1)  Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan rempah. Tumis lagi sehingga berbau

2)  Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan

3)  Apabila daging sudah agak lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga daging masak dan lembut.

4)  Setelah daging betul-betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata

5)  Akhir sekali masukkan daun kunyi yang telah dimayang. Kacau rata dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat. 

#7 - Serunding Daging

Serunding Daging

Selain ikuti resepi dibawah, anda juga boleh beli serunding siap di pasaran atau melalui Shopee disini.

Bahan-Bahan

  • 500g daging (direbus dan disiat halus)
  • 50g serbuk kari
  • 20g jintan manis
  • 20g jintan putih
  • 50g ketumbar
  • 200ml santan
  • 100ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar

  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 6-8 tangkai culu kering (kisar)
  • 100g bawang merah
  • 60g bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3cm kunyit hidup

Cara Memasak

1)  Masukkan minyak di dalam kuali. Bila minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing.

2)  Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar

3)  Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih

4)  Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa

5)  Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidangkan

#8 - Laksa Lemak

Laksa Lemak

Bahan-Bahan

  • 1.5kg laksa segar
  • 1kg ikan tongkol hitam (rebus dan asingkan isi)
  • 250g kerisik (jika suka)
  • 300g rempah kari ayam
  • 5g serbuk cili
  • 12 biji tauhu (dibelah dua)
  • 8 helai daun kari
  • 500ml santan pekat
  • 500ml air

Bahan-Bahan Untuk Dikisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2cm halia
  • 1/2cm lengkuas
  • 3 batang serai

Bahan-Bahan Hiasan

  • 0.5kg sawi manis (dipotong dan celur)
  • 5 keping kek ikan dihiris
  • Sebiji timun (diracik)
  • Daun kesum
  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Sambal

Cara Memasak

1.  Tumis bahan kisar hingga halus. Tumis sehingga garing

2.  Kemudian masukkan pula rempah kari. Gaul rata hingga naik bau

3.  Apabila sudah garing, masukkan isi ikan yang telah dikisar bersama air rebusannya tadi

4.  Apabila sudah mendidih masukkan garam. Masukkan tauhu ke dalam kuah

5.  Kacau dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan pula santan

6.  Kecilkan api dan biarkan ia mendidih seketika

#9 - Sate Daging

Sate Daging


Resepi ini juga boleh digunakan bagi menyediakan sate ayam

Bahan-Bahan

  • 300g daging (dihiris nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar halus)
  • 2cm kunyit hidup (dikisar halus)
  • 1 batang serai (dikisar halus)
  • 1cm lengkuas (dikisar halus)
  • 1cm halia (dikisar halus)
  • 1 sudu teh jintan manis (dikisar halus)
  • 1 sudu teh jintan putih (dikisar halus)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak sapi (dicairkan)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Lidi sate secukupnya

Cara Memasak

1.  Gaul daging bersama bahan yang telah dikisar gula dan garam. Perap semalaman

2.  Setelah diperap, cucuk daging pada lidi sate dengan kemas

3.  Bakar menggunakan bara arang sehingg masak. Daripada masa ke semasa, ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan renjiskan pada daging supaya ia tidak kering semasa dibakar.

Selain itu, anda juga boleh membakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 hingga 20 minit atau hingga masak

4.  Sedia dinikmati

#10 - Pulut Kuning

Pulut Kuning

Bahan-Bahan

  • 500 g beras pulut
  • Beberapa keping asam gelugur
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 mangkuk santan pekat (boleh tambah)

Cara Memasak

1.  Rendam semalaman pulut bersama-sama asam keping dan serbuk kunyi. Basuh beras pulut dan tos airnya

2.  Keesokannya basuh pulut dan toskan. Kemudian masukkan pulut dalam kukus. Ketepikan

3.  Sediakan kukusan dan rebus air sehingga menggelegak

4.  Letakkan kukusan berisi pulut di atas air yang sedang menggelegak. Biarkan sehingga pulut masak.

5.  Angkat kukus berisi pulut dan gaulkan dengan pati santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam

6.  Kukus lagi sehingga rasanya sebati. Tunggu sejuk dan sedia dihidangkan.


Selamat mencuba...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments