Cara Buat Dan Resepi Durian Crepe Confirm Lembut Dan Sedap!

Cara Buat Dan Resepi Durian Crepe Confirm Lembut Dan Sedap!

Anda mahukan sesuatu yang lembut dan rasa lemak manis yang enak, anda boleh cuba resepi durian crepe ini. Juadah pencuci mulut atau boleh dimakan pada bila-bila masa sebenarnya.

Durian Crepe terkenal dengan texture yang lembut seperti kek tetapi rasa durian sebenar. Penyediaan tidaklah terlalu rumit kerana ia nipis dan mudah masak. Jadi apa tunggu lagi, jom kita buat Durian Crepe!

Resepi Durian Crepe Rasa Lemak Manis

Saiz hidangan bagi resepi ini untuk 8 ke 10 orang dengan anggaran kos RM18 sahaja. Waktu memasak pun hanya ambil masa 45 minit.

Bahan Kulit (10-12 keping)

Bahan Inti Kastard Durian

  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 250 ml susu cair
  • 1 biji kuning telur
  • Isi durian yang dihancurkan

Filling Whipping Cream

  • 500 g whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing

Cara Memasak

1.  Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas

2.  Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning

3.  Kacau guna pemukul tangan sahaja. Kemudian tapis

4.  Panaskan non stick pan saiz kecil (17 cm diameter) api sederhana

5.  Sapu kuali dengan sedikit minyak (oles guna tisu)

6.  Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang satu senduk adunan ke dalam kuali

7.  Untuk menyediakan kastard durian, dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, sebiji kuning telur dan susu cair dalam 4 sudu dulu

8.  Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi

9.  Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan inti kastard

10.  Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan inti kastard dan masukkan ke dalam piping bag. masukkan dalam peti sejuk supaya ia tak cair

11.  Bagi menyediakan filling whipping cream, dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan whipping cream

12.  Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejab supaya tak cair

13.  Untuk membungkus, sediakan kulit, letak whipping cream dulu. Kemudian letak pula inti kastard durian dan letak lagi whipping atas kastard tadi

14. Bungkus dengan kemas dan letakkan dalam cawan kertas. Biar sejuk dalam peti ais supaya lebih sedap. Sedia untuk dihidangkan!

Post a Comment

Previous Post Next Post