Maybank Beri Amaran Berkaitan Website Palsu Bagi Mencuri Data Pengguna

Maybank Beri Amaran Berkaitan Website Palsu Bagi Mencuri Data Pengguna

Maybank sebentar tadi telah buat membuat kiriman di facebook rasmi milik mereka apabila telah menerima laporan berkaitan website palsu Maybank2u yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencuri data bank pengguna.

Mereka memberitahu, website tersebut dicipta untuk menipu mangsa bagi mendapatkan maklumat perbankan termasuk username dan password.

Maybank Beri Amaran Berkaitan Website Palsu Bagi Mencuri Data Pengguna

Scammer akan mencipta sebuah website (phishing site) yang hampir sama dengan website sebenar seperti Maybank2u dan jika ada pengguna yang klik atau Login pada website tersebut, pastinya maklumat perbankan akan terdedah kepada si penipu tersebut. Ianya dipanggil teknik Phising.

Jangan Tertipu Dengan Website Palsu

Oleh itu, pihak Maybank menasihatkan pengguna untuk masukkan secara manual URL website rasmi (www.maybank2u.com.my) bilamana anda ingin menggunakan perkhidmatan perbankan online.

Maybank Beri Amaran Berkaitan Website Palsu Bagi Mencuri Data Pengguna

Maybank juga mengingatkan kepada pengguna, mereka tidak pernah sesekali menghantar SMS, Emel atau Whatsapp bersama-sama pautan yang meminta anda untuk kemaskini maklumat akaun Maybank2u

Maybank Beri Amaran Berkaitan Website Palsu Bagi Mencuri Data Pengguna

Jika anda menjadi mangsa, sila hubungi pihak Maybank secara mungkin di talian 03-5891 4744 untuk bantuan.

Jika anda rasa anda sudah cakna, sila maklumkan kepada ibu bapa atau kenalan anda yang lain berkaitan scammer online ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post