PKPB Di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Kelantan & Sarawak Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

pkpb pkpp tarawih dan bazar ramadan dibenarkan

Dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dimana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPN) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021, manakala PKPB di Sarawak sehingga 29 Mac 2021.

Manakala bagi negeri-negeri PKPB sebelum ini seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa 19 hingga 31 Mac 2021. Termasuk juga negeri-negeri sedia ada PKPP sebelum ini.

PKPB Di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Kelantan & Sarawak Dilanjutkan Sehingga 31 Mac 2021

Status Rentas Daerah Dan Rentas Negeri

Selain itu, Ismail Sabri juga mengumumkan dimana rentas daerah bagi seluruh negeri adalah dibenarkan juga kepada negeri-negeri PKPB kecuali Sabah dan Sarawak atas permintaan daripada pihak negeri sendiri.

Walaubagaimanapun, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Jadi berkuatkuasa 15 Mac, orang ramai sudah boleh rentas daerah dalam negeri sendiri sahaja. Masih lagi perlu dapatkan kebenaran polis untuk rentas negeri.

Berita Baik!

Kurang 1 bulan, umat Islam akan memasuki bulan Ramadan. Jika di Malaysia, biasanya sinonim dengan bazar ramadan. Tidak seperti tahun lepas, ini kerana tahun ini, operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan seluruh negeri seperti yang diumumkan oleh Menteri Keselamatan dalam sidang media tersebut.

Akan tetapi ianya perlu mematuhi segala SOP ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, Kerajaan juga telah menetapkan waktu operasi. 

  • Bazar Ramadan : 3.00 pm - 8.00 pm
  • Bazar Aidilifitri : 10.00 am - 12.00 am

Bukan itu sahaja, solat tarawih juga dibenarkan secara berjemaah di masjid dan surau dengan mematuhi SOP dan jumlah kehadiran jemaah seperti tertakluk kepada pihak Berkuasa Agama Negeri.

tarawih jemaah dibenark


sumber : MKN

Post a Comment

Previous Post Next Post