Promosi Terhad Serendah RM1 Untuk Sewa Filem Di Tonton Cinema

Promosi Terhad Serendah RM1 Untuk Sewa Filem Di Tonton Cinema

Media Prima baru sahaja melancarkan platform penstriman filem terbaru iaitu Tonton Cinema. Sempena itu, mereka sedang menawarkan promosi untuk waktu terhad dengan kadar sewa filem serendah RM1 sahaja.

Jika di platform Tonton, mereka memberikan akses secara percuma bagi tontonan siaran tv seperti TV3, TV9, NTV7, TV8 dan banyak lagi. Manakala untuk platform Tonton Cinema ini, ianya menyediakan kandungan filem dan telefilem tempatan seluruhnya secara berbayar. 

Terdapat pelbagai kategori filem yang disediakan seperti filem Aksi, Komedi, Seram, Let's #Throwback, Telefilem dan sebagainya. Anda boleh tonton semula filem-filem Senario, Sembilu, Buli Balik, Antoo Fighter dan banyak lagi dengan format HD.

Tonton Cinema Platform Terbaru Tonton Filem Tempatan

Tonton Cinema menawarkan sewa filem atau telefilem secara pay-per-view, dimana anda tidak perlu langgan secara bulanan. Mana anda rasa filem atau telefilem yang anda ingin tonton, anda boleh terus sewa untuk 48 jam.

Tapi jangan risau, anda boleh menonton preview setiap kandungan selama 3 minit secara percuma sebelum membuat sewaan. Jika berminat, boleh terus sewa dan terus tonton. 

Selain akses di portal Tonton Cinema (www.cinema.tonton.com.my), anda juga boleh saksikan melalui aplikasi di Play Store dan App Store. Untuk waktu terhad, anda boleh sewa dengan satu filem dengan harga serendah RM1 sahaja dengan harga asal adalah RM11.90.

Diharapkan selepas ini, lebih banyak filem tempatan yang disediakan dihalaman ini sekali gus memberikan ruang untuk penonton menonton filem di rumah. 

Post a Comment

Previous Post Next Post