Gila! Pemenang Anugerah Juara Lagu 2021 (AJL35)

Pemenang Dan Juara Anugerah Juara Lagu 2021 (AJL35)

Tahniah kepada Kaka Azraf, Noki & Loca B dengan lagu Gila yang telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) untuk tahun 2021

Selepas beberapa bulan ditunda, akhirnya Anugerah Juara Lagu ke-35 berjaya diadakan dengan jayanya. Tetapi kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana ianya diadakan tanpa penonton dalam normba baharu bagi memenuhi tuntutan SOP bagi membendung penularan COVID-19. Hanya barisan peserta dan kru sahaja yang hadir terlibat.

Oleh itu, TV3 berbesar hati menyiarkan AJL35 di saluran TV3 dan tontonan secara online di Tonton dan Youtube TV3 Malaysia pada malam kemuncak, hari Ahad, 14 Mac jam 9 malam. Jadi semua orang dapat tonton bersama keluarga di rumah.

Daripada lebih 30 pencalonan yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik (SFMM35), seterusnya dipilih pula 12 lagu terbaik yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-35. Daripada itu juga, dipilih oleh barisan juri profesional dan terus dinobatkan sebagai Juara AJL35.

BACASenarai Penuh Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35 Untuk Tahun 2020

AJL35 tahun ini walaupun diadakan tanpa penonton, tetapi dimeriahkan dengan 3 pengacara hebat iaitu iaiti Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan juga Haziq Hussni.

Tahniah kepada kesemua 12 peserta yang telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut sehingga menyukarkan para juri untuk menobatkan juara kali ini. Ada lagu Balada, Etnik Kreatif, Pop, Rap yang disampaikan oleh kesemua peserta-peserta hebat pada malam itu tetapi hanya sebuah lagu sahaja dinobatkan sebagai juara.

anugerah juara lagu 35

anugerah juara lagu 35

anugerah juara lagu 35

Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-35

Ini adalah keputusan penuh dan pemenang-pemenang bagi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) untuk tahun 2020/2021

Juara

Gila (Kaka Azraf, Noki & Loca B)
Komposer : Noki, Loca B, Ezra Kong
Lirik : Noki, Loca B, Ezra Kong

Naib Juara
Semalam (Aina Abdul)
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul

Tempat Ke-3
Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik
Ernie Zakri (Gundah)

Persembahan Terbaik
Zizi Kirana (Eh)


Post a Comment

Previous Post Next Post