Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Drama bersiri premium (Astro Originals) Projek: Anchor SPM akan menemui penonton bermula 15 Mac ini bagi menggantikan drama bersiri-siri, Kampong Pisang Bersiri-Siri sebelum ini yang juga kandungan daripada Astro Originals.

Drama yang diinspirasikan daripada kisah yang disembunyikan di Malaysia ini pastinya memberikan nostalgia kepada penonton terutamanya mereka yang bersekolah sekitar tahun 2000. Ini kerana drama ini dilakonkan dengan berlatarkan belakangkan tahun 2003 yang melibatkan murid mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat di dalam drama Projek Anchor SPM ini aialah Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Chubb-E, Shasha Abedul, Adlin Aman, Tony Eusoff, Daniella Sya, Susan Lankester, Hasnul Rahmat, Fadhli Masoot, Taufiq Izmir, Danish Hazriq dan ramai lagi

Watak Yang Dipegang

  • Daiyan Trisha sebagai Aaidaa
  • Aedy Ashraf sebagai Aizat
  • Nadhir Nasar sebagai Hilmi
  • Chubb-E sebagai Botol
  • Shasha Abedul sebagai Jaja
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tuan Awang
  • Tony Eusoff sebagai Zubir
  • Daniella Sya sebagai Tai Ying
  • Susan Lankester sebagai Puan Rokiah
  • Fadhli Masoot sebagai Zaim
  • Taufiq Izmir sebagai Cheng

Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Produksi

Drama bersiri Astro Originals ini diarahkan oleh 2 pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf. Salah seorang daripadanya juga bertanggungjawab menghasilkan skrip iaitu Anwari Ashraf. Drama ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 Films

Sinopsis Drama Projek Anchor SPM

Drama Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di sekolah berasrama penuh, Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat (Aedy Ashraf) yang merupakan kapten pasukan ragbi terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM pada tahun 2023.

Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha) dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Walau bagaimanapun, pengetua STIA yang sentiasa selangkah dihadapan mereka sering menjadi halangan kepada rancangan-rancangan licik mereka. Semasa membuat perancangan, persahabatan diuji, kesetiaan dikhianati dan ada yang patah hati.

Adakah mereka akan berjaya melepasi peperiksaan SPM dengan strategi menipu besar-besaran atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan dan jangan lupa tonton semua episod cerita ini.

Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Saksikan Drama Astro Originals Projek Anchor SPM Di Astro Citra

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan 8 episod drama premium Astro Originals, Projek : Anchor SPM bermula 15 Mac 2021, jam 9 malam hanya di Astro Citra (CH128) dan Citra HD (CH108). Boleh juga strim di On Demand atau melalui aplikasi Astro Go


sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post