Astro Memperkenalkan Saluran Baru Kanak-Kanak, Channel Ta-Daa! (CH612)

Astro Memperkenalkan Saluran Baru Kanak-Kanak, Channel Ta-Daa! (CH612)

Hari ini, secara rasmi Astro menayangkan saluran baru kanak-kanak, Ta-Daa! (saluran 612). Buat masa ini, semua pelanggan Astro dapat menonton secara percuma bermula 15 Mac sehingga 4 April 2021. 

Kemudian pada 5 April, pelanggan perlu melanggan Kids Pack untuk tontonan. Ini kerana saluran ini adalah salah satu saluran yang disediakan di dalam pakej tersebut secara langganan.

Saluran Ta-Daa ini hanya ditawarkan bagi Kids Pack di Astro sahaja. Buat masa ini, tiada tawaran disediakan bagi pelanggan NJOI.


Channel Baru, Ta-Daa! (CH 612)

Pelanggan boleh nikmati kandungan kanak-kanak berbahasa inggeris dengan pelbagai variasi dari pelbagai negara seperti US, Jepun, Korea, China, UK, Kanada dan banyak lagi. Selain itu disediakan juga kandungan popular seperti Beyblade Metal Fusion, Dragon Force: Power of Dragon, Supa Strikes, Inspector Gadget, Bola Kampong The Movie, Sonic The Hedgehog dan banyak lagi.

Boleh juga nikmat secara On Demand dengan 1000 lebih kandungan yang disediakan untuk menonton pada bila-bila masa sahaja.

Channel Baru, Ta-Daa

Sedikit sebanyak, pastinya dapat menampung kembali kandungan yang sudah tiada dari channel-channel Disney yang sudah henti siar seperti yang diumumkan Astro sebelum ini. 

Jadi adik-adik, boleh layan saluran Ta-Daa! (CH612) secara komplimentari bermula hari ini, 15 Mac sehingga 4 April 2021. Kemudian kalau nak tengok lagi, perlu langgan Kids Pack

Post a Comment

Previous Post Next Post