Insta Music Kini Boleh Digunakan Pada iOS dan Android

Insta Music Kini Boleh Digunakan Pada iOS dan Android

Pastinya berita ini mengembirakan terutamanya kepada pengguna Android. Ini kerana instamusic antara ciri yang ada pada Instagram kini sudah boleh digunakan di Malaysia secara rasmi bagi kedua-dua platform iaitu iOS dan Android.

Pada mulanya, ciri music ini diperkenalkan di negara lain terlebih dahulu seperti US, Kanada dan sebagainya. Kini barulah ianya masuk secara rasmi ke Malaysia yang terlebih dahulu pada pengguna iOS pada awal tahun sebelum ini dan kini untuk pengguna Android pula.

Insta Music Kini Sudah Ada Di Malaysia Pada iOS dan Android

Insta music hanya salah satu ciri yang diperkenalkan pada Insta Story Instagram. Anda boleh masukkan muzik yang disediakan bersama-sama video atau gambar yang anda ingin kongsikan di story anda. Tidak lagi perlu menggunakan filter muzik yang disediakan oleh pembangun luar seperti sebelum ini.

Cara guna insta music:

Pastikan anda telah kemaskini aplikasi Instagram anda kepada versi terbaru di Play Store atau App Store terlebih dahulu. Jika sudah, anda boleh buka aplikasi Instagram dan pergi ke bahagian Story.

Kemudian, anda mula buat story sama ada photo atau video yang berdurasi 15 saat. Jika sudah, anda klik pada "ikon Sticker" dan cari "Music"

Insta Music Kini Boleh Digunakan Pada iOS dan Android

Disini, akan dipaparkan semua muzik yang disediakan oleh pihak Instagram. Muzik antarabangsa dan juga tempatan. Anda boleh juga "Browse" mengikut genre lagu seperti Pop, Hip Hop, Bright, Travel, Party dan sebagainya. Jika sudah pilih, klik sahaja lagu tersebut.

Insta Music Kini Boleh Digunakan Pada iOS dan Android

Kemudian, anda boleh setting mengikut kesukaan anda. Ada sebahagian lagu yang menyediakan lirik animation untuk digunakan. Nampak lebih menarik. Dah siap, boleh post

Insta Music Kini Boleh Digunakan Pada iOS dan Android

Post a Comment

Previous Post Next Post