Perlis Benarkan Solat Dengan Rapatkan Saf Di Masjid Bermula Esok, 23 Mac 2021

Perlis Benarkan Solat Dengan Rapatkan Saf Di Masjid Bermula Esok, 23 Mac 2021

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini memutuskan dimana membenarkan rapatkan saf bagi melakukan solat jemaah di masjid-masjid seluruh negeri Perlis bermula 23 Mac 2021.

Kebenaran ini diperkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat Perlis khususnya terhadap SOP Kesihatan dan Keselamatan yang telah ditetapkan. 

Ketetapan Merapatkan Saf Antara Jemaah Di Masjid Di Perlis

Walaubagaimanapun, ada beberapa syarat yang telah ditetapkan iaitu dimana hanya jemaah yang hadir bersama keluarga yang tinggal sembumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain mereka perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti yang telah ditetapkan dalam SOP.

Tambahan lagi, kebenaran ini juga terpakai untuk semua aktiviti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah 5 waktu termasuk solat Tarawih dan kuliah pengajian di semua masjid seluruh Perlis sahaja.

Ianya juga turut diperluaskan di surau asrama manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dapat diizinkan.

Raja Perlis juga menitahkan kepada seluruh rakyat Perlis terutamanya sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang terkandung dalam perutusan ini.


sumber : MAIPs

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments